Tuesday 1 December 2020

-Purdah&Niqab Bukan Menjadi Nilaian-


   Tempoh hari, ada saya terdengar seorang ibu kepada seorang artis menyatakan " Saya merasakan sesuatu luar biasa ketika Mengandungkan beliau".

Wow,  dah Hampir 31 tahun anak dia membesar. Bila buat pilihan untuk memakai purdah terus ada Statement sedimikian rupa. Bukan nak Komen yang tuan badan pakai purdah tapi, kenapa ada statement sedemikian rupa setelah apa yang dilakukannya.

Cuma satunya harapnya Tuan bada menjadi contoh terbaiklah buat Orang lain kerana dia adalah Idol dikalangan ramai.

Kembali kepada tajuk, 

Ya, kalau nak dikisahkan memang aku benci pemakai Purdah sejak sebelum kahwin. Bahkan selepas kahwin satu perkara Aku Pesan Kepada si Dia, " pakai Purdah biar seiring dengan Akhlak dan juga pakaian lain. Jangan berlebih lebihan jangan pula purdah terpakai tapi yang lain Terlihat".

Kenapa?

Kerana Pelacur  pun ada yang memakai purdah. Yang berbeza adalah akhlak diantara mereka memakai purdah demi Agama dan Maruah atau sebaliknya.

Biarlah memakai Purdah dengan Niat, Wajahku  dan Tabarrujku hanyalah untuk suami. Mungkin ada wajahnya hanya bisa dilihat oleh kenalan yang mengenalinya dan juga Saudara. Ada juga yang memakainya di Negara  selain Negaranya sendiri atas Faktor keselamatan.

 Pesan Rasulullah S.A.W dalam Hadis Baginda;

" Setiap Perbuatan itu bergantung pada Niatnya......akhir hadis"

Lakukanlah sesuatu itu atas Niat yang baik dan juga biarlah berlandaskan syariat yang ditetapkan. Kalau anak tetiba berubah baik usahlah nak menjaja perkara yang tak pernah disebut suatu masa dahulu.

Oleh itu, Don't Judge A Book by It's Cover. Luaran tutup litup tapi perangai wallahu'alam. Tapi, sebenarnya baik bertutup mengikut syariat dan tidak berlebihan beserta akhlak yang juruih.

Akhir kata, Niqab Bukan 100% penentu yang lebih baik. Berkopiah 24 atau nampak macam ustaz Ustazah itu bukan semua sama. Tetap kena hati-hati.

Sebab ada Nama Ustaz pun hancus, nama ustazah pun entah ke mana. Ada yang pakai itu ini sebab trend.

Hurm, Oh dunia nehi he

Thursday 12 November 2020

Hidup

K-E-H-I-D-U-P-A-N


Kalau dah dinamakan kehidupan itu, wajib diselangi dengan Cabaran. Kadang aku terasa cukup susah dah, tapi ada yang lebih susah daripada Aku. Kadang aku mikir itu dan ini, sampai aku Jauh daripadaNYA.

Penat memang Penat, rasa nak kembali Bujang pun ada. Tapi Ini dikatakan Tanggungjawab, maka teruskanlah kerna semuanya dihitung Allah.

Sakit yang mendatang seringkali melemahkan aku dalam segala perihal. Cuma ada yang tahu, tapi tak nampak, ada yang tahu dan faham, ada yang tahu tapi tak memahami. Begitulah manusia, tak semua manusia boleh baca isi hati dan tahu segalanya apa yang berlaku.

Setiap hari mengeluh, kadang terasa putus Asa dah. Tapi dah dinamakan Hamba, maka jangan pernah berasa diri ini Tuan, kerana kita mempunyai Tuan yang Jauh lebih berkuasa dengan segala sesuatu.

Ya Allah kuatkanlah daku dengan menghadapi segala sesuatu.

Sunday 4 October 2020

"Aku Anak Lelaki bhg 1"



Bila kau dilahirkan sebagai anak lelaki, tak kiralah engkau sulong,kedua atau anak ke berapa sekali pun. Orang pertama dalam dunia ini yang harus disemat didalam hati adalah Ibu yang melahirkan engkau. 

Teringat masa sebelum belajar di Mesir, aku pernah cakap dekat mak "Mak, shafiq rasa tak mau pi mana lah, tak mau sambung belajar nak Buat kerja sendiri ja kat perlis ni." (Loghat utara)

Tapi atas permintaan mak dan abah serta beberapa orang guru untuk sambung belajar walaupun hati jauh bersimpang dengan keinginan hati ini.

Bila kau dilahirkan sebagai anak lelaki, perasaan yang kau sangat kena jaga adalah perasaan Ibu sebelum engkau nak utamakan yang lain.

Namun tetapi seimbangkanlah, ingat!! 

Bukan sekadar Ibu kau sahaja, Isteri dan Juga Ibu Mertua kau.

Kalau ibu sendiri dicampak jauh, tidak ditanya khabarnya. Walaupun uang poket bukan menjadi hasil yang mampu diberi sepenuhnya, cukuplah khabar dan kasih sayang dibalas kembali.

Aku?

Bukanlah anak yang baik dan sempurna, pasti ada cacat celanya. Namun si isteri sangat mengenali diri ini. Aku tahu, aku dah kecewakan Si Ibu dalam Banyak perkara. Namun si ibu tidak pernah marah, walaupun ada jua beberapa perkara yang mungkin terasa Hatinya.

Entah kekadang ada saja hati yang tak keruan bila ada salah yang terbuat. Kalau dah terbiasa dan tidak pernah minta maaf dengan ibu mu sendiri bagaimana dengan Isteri dan ibu Mertua nanti.

Mak maaf kan anak mu ini.

Bila kau dilahirkan sebagai anak lelaki, kekadang jangan terlalu berkira dengan ibumu sendiri. Pendek kata, Ibu sendiri,Isteri dan Juga ibu mertuamu.

Kalau ibu sendiri sudah mula ada kira-kiranya. Bagaimana pula dengan isteri dan Ibu mertuamu.

Disini aku sangat tertarik dengan sikap salah sorang daripada keluargaku, dia sebagai anak lelaki. Kata-katanya selalu lembut di lidah, Mak menjadi ratu di hati. Tidak pernah pula berkata tiada uangnya dipoket sedangkan hutang tidak tertanggung dan merunsingkan jiwa.

Kekadang ada juga yang mungkin mak terasa, namun tetapi dirinya sentiasa mencari jalan untuk perbetulkan. Tak pernah berkira dan tak pernah berkata tiada. Maka Allah sentiasa memudahkan dan memberkati hidupnya walaupun kadang kala dalam kesempitan.

Siapa engkau kalau bukan dia?

Bersambung

Friday 22 May 2020

coretan Mei yang Lalu

Hari ni 22 Mei 2020, masih teringat akan tarikh yang cukup bermakna 22 Mei 2016. Saat ni aku ulang alik ke hospital,uruskan sakit isteriku. Kata doktor berlaku sedikit kebocoran air ketuban yang boleh mengakibatkan Si dia Melahirkan anak pertama kami bila-bila masa sahaja. 

Bukan 1 doktor bahkan 2 doktor yang kami jadikan rujukan. Almaklumlah pertama kali nak dapat anak, risau Nervous dan sebagainya lebih lebih lagi berjauhan dengan keluarga yang berada di Malaysia. Hari ni pula ada ada paper imtihan Tahriri(ujian bertulis). Exam di Kaherah sedangkan aku menentap di Tanta 2 jam perjalanan satu hala sahaja. Perginya ke Kota Cairo saat istri sedang sakit, jawab peperiksaan pun semua jadi kucar Kacir. Dalam pemikiran hanya memikirkan si Dia yang berada di Hospital bersama Sepupunya. Aku pulang ke Tanta dengan beberapa barang yang niat nak tinggalkan di Cairo tapi tak menjadi. 

Memori hari itu bermain di fikiran, saat semalam si isteri menyebutkan 2 tarikh iaitu hari ini dan esok.

Mulut hanya mampu diamkan diri,tapi hati pelbagai perihal masuk menyucuk jiwa kerana masih teringat dan takkan dilupakan.

22 Mei jugalah pada malam harinya,beliau mengeluh kesakitan jam 2.30 pagi 23 Mei 2016. Makin lama makin sakit dirasainya, aku tidak mampu berbuat apa apa lagi cuma mampu menenangkan si dia.

Nak cari teksi? 

Bukan mudah seawal pagi begini di Perkampungan Kafr Esom Tanta nak dapatkan teksi.Aku terus cari dan terus berusaha, akhirnya buntu sehingga subuh berbaki sejam lebih sahaja lagi. Akhirnya tuan rumah yang baik dipanggilku,dihubungi sepupu si dia agar ada peneman di Hospital kelak.

Bergegas menuju ke hospital, anak Baba(Tuan Rumah) dalam keadaan gelabah memandu kereta. Asyik mati enjin keretanya berkali-kali, sehinggakan dimarahi ayahnya. Orang yang nak bersalin kat belakang pun masih sempat ketawa kecil walaupun dalam keadaan sakit yang teramat.

Pengalaman pertama yang mana belum pernah dirasai orang melayu disini melahirkan anak di hospital kerajaan yang sangat lemah pengurusannya. Kalau nak dibandingkan malaysia,jauh lebih lemah dan sistem yang sangat lemah serta kebersihan yang tak dapat digambarkan.

Seusai solat subuh, aku menunggu semula di ruangan menunggu. Walaupun tak diizinkan doktor lelaki untuk aku masuk kedalam tapi diizinkan juga selepas berunding dengan doktor yang menguruskan urusan bersalin si isteri.

Ini dikatakan pengalaman Pertama.

Semangat dan kata-kata sahaja yang mampu berikan disamping menyempurnakan sarapan pagi beliau agar ada secebis tenaga untuk melahirkan Si Anak ke dunia. Maka disuapkanlah kudapan pagi yang telah dibeli tadi.

Disebabkan keserabutan dan kekalutan pagi, semua kelengkapan bersalin tidak dibawa walaupun satu. Al-maklumlah tiada penasihat awal pagi-pagi buta sedemikian hari. Berlarilah aku pulang ke rumah untuk dapatkan beberapa kelengkapan yang patut diambil. 

Tak disangka, dengan izin Allah Putera Pertama Mujahid yang di tunggu2 kami dilahirkan kedunia Alhamdulillah, sekitar jam 7pagi. Atas berkat kerjasama dan bantuan sahabat-sahabat serta isteri mereka menyediakan beberapa kelengkapan yang tidak dimiliki kami. Anak sudah dilahirkan, aku hanya mendengarnya melalui corong telefon bimbit sahaja saat sibuk mendapatkan kelengkapan bayi dan si ibu.

Menangis diri ini sambil menangkungkan air mata tanda syukur,sujud syukurku pada yang Esa atas kurniaannya. 

Hari bahagia buat Kami,

23 Mei 2016, tak terucap aku saat hari pertama aku melihat wajahnya. Kecil molek saja Si anak yang dilahirkan kurang bulannya, Dia anak Syurga dilahirkan pada 8 bulan umurnya di dalam kandungan dengan berat sekitar 1.6kg sahaja. Hanya sebesar lengan aku sahaja. Azan dilaungkan ke telinga Si anak sebagai lafaz tauhid pertama yang wajib didengari mereka sebagai anak.

Dia ditempatkan di NICU, tempat penjaga khas bagi bayi kurang waktu kelahirannya. 10 hari aku ulang alik ke hospital nak menjenguk si anak. Pulang dari Exam, singgah ziarah si anak tapi doktor hanya memberikan sehelai kertas untuk ku belikan ubat serta susu buat anak. Tiada susu Ibu yang boleh diberikan. 

10 hari sebelum Berpuasa, Aku dapat panggilan daripada Doktor agar datang ke Nicu untuk discharge  anak syurga untuk di bawa Pulang. Dengan penuh kasih sayang ianya ditatang penuh.

Kerana dirinya Milik Allah

Inilah hakikat pabila manusia dihidupkan pasti akan dimatikan. Setiap pinjam harus dikembalikan pada Tuannya. Si anak syurga dilahirkan ketika subuh dan pergi jua di saat Subuh kami.

Aku dan isteri terjaga dari tidur, terus meluru ke tandas untuk bersihkan diri. Kerana fikirkan si anak masih tidur, lampu bilik dibiarkan mati. Selesai bersihkan diri, tidak sengaja aku hidupkan suis lampu bilik. 

Kakiku keras kaku, lidah terkelu, jantung pantas Berlari. Cuba ku kerahkan kotak suara untuk memanggil istriku, " sayang tengok anak kita sayang." Kedua-dua mati akal, hanya solat subuh menjadi kewajiban kami ketika itu. Selesaikan solat subuh. Lalu ku bawa ke hospital untuk pemeriksaan. Kata Doktor, " Anak kamu sudah meninggal 4-5 jam yang lalu". Bermakna 1 jam setelah dirinya lelap dan kami juga melelapkan diri.

Dengan tabah hati, kukuatkan kaki,ku paksa untuk selesaikan pengurusan kebumi. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan, Dimandikan, Dikafankan, disolatkan dan Disimpan di Perkuburan Kafr Esom, Tanta pada 2 Ogos 2016.Moga dia menjadi yang terbaik buat kami disana kelak.

"Mehmet Umar El-Fath bin Syafiq Akmal"

Terima kasih isteriku نور حمراء السعودي  yang telah melahirkan anak syurga kami, hanya Allah yang tahu bagaimana hati ini sungguh terasa sebak melihat sang isteri bertarung nyawa antara hidup dan mati melahirkan anak kami ke dunia ini.