Sunday 1 August 2021

Sebenarnya...." ia sakit" 3

Aku nukilkan ini 1 jam lagi cukup 2/8 bertepatan waktu Mesir yang mana saat aku dan dia dikejutkan dari tidur untuk menunaikan dolat subuh.

   Datang dan pergi semua itu telah tercatat dan disusun Oleh-NYA. Kita tiada hak dalam menentu segalanya melainkan peluang dan ruang yang Allah berikan.

    Keras kaku melihat keadaan anak yang sudah membiru saat subuh hari. Selesaikan Solat subuh dan terus bawa ke Hospital untuk mengetahui punca pemergian.  Kisah ini pernah dinukilkan di sini>>>Coretan Mei

   Kadang semua orang lihat si ayah Pasti kuat dan tabah menerima segala ini. Kadang lemah jua saat syaitan membisik, habis rosak segalannya.

  ~Stress~Kesihatan Kurang dirapi~Pemakanan Tiada aturan~ 

   Saat itu, pelbagai perkara mula terjadi. Sakit yang berlaku sebelum kami diijabkabulkan kembali. Berat badan mulai naik mendadak, dalam hati nak teruskan Honeymoon selama beberapa tahun kerna hati yang sedih dan  ingin bina empire perniagaan terlebih dahulu.

  Tapi rezki Allah siapa yang tahu, Maka lahirlah Umar kedua dalam hidup kami. 

     ~Sentiasa Terasa Rindu pada Umar El-Fatih~

Friday 25 June 2021

Sebenarnya... "ia Sakit" 2

Tangisan itu mengalir tanpa mampu ditahan, hari ini sengaja aku nak kumpulkan senarai cucu Omar dan Hawa. saat aku menulis semula nama dan tarikh lahir anak-anak ku. Seorang daripada semua yang lahir dengan sempur, yang hidup bersama hanyalah seorang. Walaupun ada anak kakak ku pernah meninggal dilahirkan dalam keadaan tidak sempat hidup di dunia, Bidadariku tidak sempat melahirkan salah seorang daripada anak ku(gugur).

  Tapi dia Muhammad Umar El-Fatih sempat dilahirkan di muka bumi, tapi Tok wan,Nenek, Atok dan jeddah lansung tak berkesempatan melihat secara zahir,inikan pula menyentuhnya. Cucu yang ke-14 dalam keluarga Omar dan Hawa, sudah menanti di Pintu Syurga. Moga dia Umar El-Fatih menanti dan memimpin kami semua ke syurga.

   Saat menulis dan mengingati tarikh kelahiran eliau, hanya tarikh pemergiannya sahaja bermain di Minda. Memikir dan terus memikir akan Tarikh kelahiran sebenarnya, sehingga teringat akan beliau hanya sempat menghirup udara dunia 2 bulan 12 hari sahaja dan memberikan kebahagiaan kepada kami.

  Walaupun engkau disana, tapi dihati kami tidak pernah hilang. Walaupun Jasadmu jauh dikebumikan dibumi Tanta dan sangat jauh bagi kami untuk menziarahimu, Tapi ku tahu dan yakin Dirimu sentiasa memerhatikan kami di dunia ini. 

Sungguh aku merinduimu sepanjang hayatku.
Abu Umar El-Fatih

Thursday 4 March 2021

Sebenarnya. "Ia Sakit" 1

    Kisah 2 ogos 2016, tidak pernah lekang dek fikiran dan jiwa. Saat ia dipanggil kembali, hati redha tapi igauan dan mimpi tak pernah putus kembali dan kembali. Si anak kecil yang pergi tidak sempat merasai dunia yang penuh dosa ini kerana Allah  inginkan beliau berada di sana menantikan kami semua.


   Langkahku sebenarnya tidak pernah kuat, jiwaku meronta setiap kali melihat si isteri terus menghembus kesedihan beliau. Jiwa aku sudah tidak lagi keruan, dulu aku yang kuat menghadapi segala sesuatu. Tapi semenjak itu semua menjadi agak goyah.

     Allah menduga dengan pelbagai buat hambanya Yang mampu. Kerna itulah aku diuji kerana Allah Maha mengetahui kerna Aku mampu. 

     Hati tidak ingin melihat si isteri menangis lagi kerana kesedihan yang membuaykan aku turut berduka. Langkah otakku mencari solusi, akhirnya percutian tanpa dirancang terus menerus aku laksanakan. 

   Semua tidak lagi aku fikirkan, wang, penjagaan makan,pengajian dan segalanya aku tidak fikirkan lagi. Yang pasti, tiada kesedihan buat beliau. Ibu mana tak sedih pabila anaknya kembali kepada sang pencipta, tambahan pula jauh dari keluarga dan keseorangan dirumah saat aku sibuk menelaah di pusat pengajianku.

"APA YANG AKU TAHU, DUKA SEORANG IBU HARUS DIPELIHARA"


Bersambung.......

Tuesday 9 February 2021

Belikan Keropok Boleh?

"Abi, Belikan Keropok Lekor Untuk Abg. Boleh??"

Semakin membesar si anak Soleh Abbad ni. Bila ahad malam isnin, Ummu Shaddad  kata " abg, umi nak tido awal malam ni, nak Puasa besok."

" abg nak puasa Boleh??" Balas Shaddad.

"Boleh tapi abg kena niat dan tido awal. Bila abg puasa abg tak boleh makan dari pagi sampai malam. Boleh ke abg?"

"Boleh Umi, abg nak puasa" balas shaddad

Menjelang waktu sahur, Si isteri pun kejutkan si abg untuk bersahur. Agak mudah juga dikejutkan untuk bersahur.

Maka bermulalah latihan Puasa si abg shaddad.

Seusai subuh, si abg sambung tidur hinggalah  adiknya bangun bermain dan dilekakan dengan pelbagai kerja, mainan,aktiviti dan juga masa menonton. 

Jam menunjukkan Jam 12.30,

" Abi, perut abg ada dinasour(menandakan si abg lapar), tengok ni." Adu si abg.

" Yeke, abg Kan puasa. Nanti kita berbuka dan makan sama-sama ya abg.Boleh!!" Balas aku.

" Boleh..." Jawab seperti kepenatan.

10 min kemudian sibuk pula lah bermain dengan si adik dan terus mandi.

Sekali lagi mengadu ada Dinasour, tapi bila dipuji dengan abg hebat mampu puasa. Nah!! Sekali..
" Okay.. Abg kuat nanti kita berbuka ya"

Selesai asar, memikirkan pula  apakah aktiviti yang sesuai buat dirinya.

Tetiba ada order Runner, ingatkan jadi at last cancel. So, bawalah diorang ni ke Pantai(dalam keta ja).  Sampai ja pantai sambil  asyik melihat keindahan ciptaan Allah. Tiba-tiba....

"ABI.., belikan abg keropok boleh!!" Pinta shaddad

"Abg. Kedai tak buka lah abg" balas aku sambil menunjukkan ke arah gerai dan kedai yang sudah ditutup kerana PKP.
" sejam lagi kita makan sama-sama ya abg, Boleh??." Sambung aku lagi.

" Boleh.." Balas si abg

Pulanglah kami ke rumah sambil menantikan waktu berbuka, 5-2 minit sebelum berbuka meluru ke meja makan. Lalu dengan pantas si abg meminta-minta, " umi.. Abg nak mee, abg nak mee"

"Alhamdulillah bagus abg hari ni puasa Sunat penuh sehari. Hebat abg". Puji si umi shaddad

Tersenyum aku melihat si anak kelaparan minum dan makan juadah berbuka yang disediakan. Sambil teringatkan si abg pernah berpuasa penuh sehari pada Ramadhan yang lalu di Mesir.

Moga Allah merahmati dan memeliharamu duhai Umar Shaddad El-abbad dan menjadikan dirimu yang Abid,soleh dan Musleh.