Thursday 15 January 2015

Winter Exam

Awal 2015 maka Bermulalah exam semester tahun ini. Kadang rasa gementar juga disebabkan only 2 month by 6 subject and period by subject only one day.
   Dan hari ini bila jadual sudah keluar. Kepala jadi serabut, sebab apa?

Nah!!

Selang sehari saja. Emosi bercampur mental yang masih tidak dapat terkawal. Namun, itulah sistem kuliah aku. Yang penting keyakinan itu perlu ada bahawa pasti ada Hikmah disebaliknya.
    Semua Berjalan lancar sampailah ke subjek yang ke-4. Subjek falsafah, Allah izin badan sakit, gastrik ditambah demam dan sakit kepala yang teramat.

Hurh...

Monday 5 January 2015

Naluri Manusia


Pulang dari first paper "Ilmu khutbah" bukan khitbah. Niatnya lepas exam terus jumpa kawan arab di sebuah tempat yang tidak jauh dari Kuliah sekitar 20 minit perjalanan didalam bas maka sampailah.

   Kebiasaan di mesir  melompat kedalam bas adalah biasa. So, setiap hari melompat bas. Saat melangkahkan kaki kedalam bas terasa lebih lega apabila seat kebanyakkannya kosong. Seat double sebelah tingkap menjadi pilihan.

   Sambil membuka phone melihat mesej-mesej whatsapp yang masuk ke dalam phone waktu exam tadi.

   Dalam 5 minit terdengar suara baby menangis. Seorang pemuda arab melambai-lambai tangannya seperti memanggil seseorang.

Hurm...
Mesti panggil perempuan untuk duduk. (kata hatiku)

  Ya, memang benar jangkaanku. Seorang wanita berpurdah sambil mengendong anaknya. Mungkin warga Cina kerana wajah anaknya seperti cina.

  Seronok pula melihat baby tersebut. Si pemuda arab ini berdiri di bahagian hujung kerus sambil melihat anak wanita tersebut.  Setiap kali anak wanita itu nangis pasti dia akan menggoncangkan Kuncinya. Aku sedang membayangkan bahawa lelaki ini seorang lelaki yang baik dan bakal menjadi ayah yang baik.

     Hatiku terus berkeinginan untuk menyentuh dah bermain dengan baby tersebut. Namun apakan daya seat aku berada bahagian belakang wanita tersebut. Kalau nak main dengan anak dia dari belakang alamatnya macam-macam pula sangkaan orang lain.

Disini bukan nak ceghita apa sangat. Cumanya kadangkala wanita seringkali menafsirkan. Asal lelaki ja mesti nak tengok perempuan. Asal perempuan ja lelaki nak Usha. Lelaki nampak ja tough tapi dalam hati berbunga.  kadang-kadang kala mereka ini lebih mempunyai naluri seorang ibu walaupun tidak boleh melahirkan anak dan menyusukan anak.