Saturday 23 February 2013

~Ayat Jiwang Lebih Indah Setelah Bernikah~




     Wajahmu Bukanlah seperti Zulaikha,
Hartamu bukanlah seperti Saidatina Khadijah,
Kaum Kerabatmu bukanlah daripada Bangsawan,
Namun cukuplah bagiKu Keislaman dan Kefahamanmu Tentang Deen yang Mulia ini.
Peribadimu,AkhlakMu.
Sudah meyakinkanKu apa isi HatiMu.
FacebookMu.
Bukanlah dari ayat yang ditampilkan tetapi bagaimana Pengurusan Nya.
Namun sebelum hadirnya dirimu dalam Hidupku,
Aku perlukan kekuatan dan menerima cinta yang asal dan utama dengan lebih Hebat lagi.
InsyAllah akan ku tampil hasrat hati ini bila sudah sampai masanya.

...................................................................................................................................................................



Wah ...
Wah.....
Ayat sungguh dahsyat. Tapi Bagaimana dengan Perbuatan kita?
Subuh?
Pakaian?
Masak?
DLL?

Bagaimana?

Rasulullah bersabda: 
” Wahai sekalian pemuda, barangsiapa yang mempunyai kemampuan di kalangan kamu maka hendaklah dia berkahwin, kerana sesungguhnya kahwin itu dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan,sekiranya tidak Mampu maka berpuasalah ..”

Jadi sahabat-sahabat, sekiranya sudah berkemampuan, Maka Bernikahlah .

Apa syarat Nikah?

Dalam Islam Hanya menetapkan 

1. Rasa suka sama suka dari kedua calon mempelai
2. Izin dari wali
3. Saksi-saksi (minimal dua saksi yang adil)
4. Mahar
5. Ijab Qabul

Satu lagi Baligh.....

Itu pun sudah mencukupi.Perkara lain, Tidak pentingkah?
Perseediaan Diri Bagaimana?.

Prkara lain juga Penting, Seperti Kukuhkan Ekonomi Rumah Tangga dan Kekuatan Diri dan Lain-lain...


Bernikah kan salah satu sunnah.

Seperti Rasuluullah S.A.W bersabda :
 " An Nikah itu adalah salah satu daripada sunnah aku, barangsiapa yang membenci sunnah aku maka dia bukanlah dari kalangan aku ( ummatku ) “

Hadith ini jelas menyebut bahawa nikah itu adalah sunnah, dan melakukan sunnah beroleh ganjaran yang sangat besar. Sebagaimana dinyatakan dalam hadith berikut, di mana Nabi s.a.w bersabda :
” Sesiapa yang berpegang dengan sunnahku ketika ummatku semakin rosak ( akhir zaman ) maka baginya pahala umpama 70 orang yang mati syahid “.
Dalam sesetengah riwayat yang lain disebut :
” baginya pahala 100 orang mati syahid “.

Ingat Sahabat-sahabat,


Janganlah bab Nikah sahaja mengikut sunnah Rasulullah, tetapi Sunnah-sunnah yang lain jua perlu diamalkan dalam kehidupan Seharian...

     Dalam Masalah bangun subuh,Pakaian tidak terurus,Masak tak reti, kerja rumah pun tak reti nak Buat dan macam - macam lagi.

Bagi saya, Ia adalah salah satu aset Penyelamat diri Kita sebagai lelaki dan juga Penghias Keluarga Itu, kerna suami Isteri ka Perlu bersepakat.

 seperti Allah Berfirman dalam Al-Quran Surah Arrum ayat :


" Dan diantara Tanda-tanda yang membuktikan Kekuasaanya dan rahmatnya, bahawa Alla menciptakan untuk kamu wahai kaum lelaki isteri2 dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikaNYA di antara kamu berdua Perasaan kasih dan sayang serta belas kasihan............."  (20)

AllahHurabbi...

     Cantik sungguh ayat yang Allah sandarkan kepada Hambanya, Kerna ingin memelihara HambaNya daripada melakukan maksiat malah inginkan mereka merasa bahagia di dunia untuk mencapai Matlamat Ukhrawi... 

Suami bersenang hati bukanlah bermakna suami duduk Goyang kaki di Rumah dan semua Si Isteri melakukannya.


Ingat!!



Para suami dan Semua lelaki yang bakal menjadi suami.

Tanggungjawab Kita berat kerna kita perlu membahagiakannya dan Si Isteri pula menyinarkannya...

Bagaimana?

Untuk membahagiakan Rumah tangga Lelaki(suami) seharusnya mengetahui serba sedikit dalam hal-hal Ini seperti memasak, membasuh pakaian dan lain-lain.Hal ini kerna Rasulullah jua sering membantu Si isteri di dapur dan Rasulullah S.A.W juga menjahit bajunya sendiri. Kita mendirikan rumah tangga bukanlah semuanya letak di atas kepala si Isteri. Kita hanya bekerja dan apabila pulang bising-bising. Itu bukanlah suami Mithali, Suami yang mithali adalah suami yang Apabila pulang keletihan duduk dan Diam itu lebih baik dan sekiranya si Isteri bising atau  berleter akan sesuatu maka usahakanlah agar semuanya menjadi damai.

    Teringat akan kisah Saidina Umar ketika pulang ke rumah. Tibanya beliau di rumah, Isterinya terlalu banyak berbicara,lalu Saidina Umar mengangkat kakinya mencari ketenangan. Apabila pulang  ke rumah si isteri sudah memahami akan keletihan suaminya. Namun Saidina Umar tidak bermasam muka malah senyum lagi.


Inilah contoh yang perlu diambil untuk membina sebuah keluarga. keluarga yang diredhai Allah.


Seterusnya,


Ilmu itu cukup penting ntuk melahirkan sebuah keluarga yang bahagia.


         Hal ini kerna, Tanpa Ilmu bagaimana Diri seorang lelaki itu untu mendidik seorang Isteri ke arah yang Benar. Bagaimana untuk melahirkan "Mawaddah" yakni kasih sayang yang di Sebutkan di dalam Al-Quran [30:20].


Jadi, sahabat-sahabat semua sekurangnya tahu Ilmu Fardu Ain dan tahu yang mana boleh dan tidak Boleh dalam Islam. Selain itu, Jadilah diri ini sebagai orang merasakan kurangnya Ilmu dan Jadilah seperti Imam As-syafie, semakin mempelajari sesuatu maka merasakan dirinya semakin kekurangan Ilmu. Bukannya semakin  banyak Ilmu semakin mendabik dada dan semakin memalingkan muka daripada mereka yang jahil.

Demi Allah saya katakan,

Sesungguhnya Allah tidak memandang orang sebegini kerna mereka tidak bersyukur akan apa yang mereka pelajari kerna semua itu adalah Milik Allah...

Jadi pergilah kuliyah atau ceramah Agama di Masjid ataupun dimana-mana sahaja yang mengnjurkannya.

Oleh itu Para sahabat marilah sama-sama kita cek semula Niat kita,


Apa sebab kita Nak Berkahwin?

-Memuaskan Nafsu?

-Buat apa yang orang Buat?

ataupun apa-apa sahaja...


Ingat!!


Kahwinlah kerana Allah.S.W.T

Kerana Mendapat keredhaan Allah S.WT
Kerana salah satu Sunnah Rasulullah S.A.W
Kerna Ingin Mengelakkan diri daripada melakukan Maksiat.
Kerna ingin Membina Baitul Muslim.
Kerna ingin Melahirkan dan memperbanyakkan Zuriat Islam.


Mari kita Lihat Bagaimana Kaedah Fiqh pula...




Kaedah Fiqhiah
Hukum yang berubah2 di atas adalah berdasarkan salah satu daripada kaedah fiqh iaitu : Al umur bi maqasidiha ( setiap perbuatan dikira berdasarkan niatnya ). Maksudnya, walaupun hukum asal nikah itu adalah sunat, tetapi apabila diniatkan untuk menyakiti isteri – yang mana menyakiti isteri adalah suatu kemudaratan – maka hukum nikah baginya bertukar kepada haram. Sebagaimana Nabi s.a.w menyebut :
” Sesungguhnya setiap amalan itu adalah dikira berdasarkan niat, dan sesungguhnya bagi setiap orang itu akan mendapat apa yang dia niatkan..”
Baik, bagaimana pula jika seseorang itu berada pada keadaan haram atau wajib berkahwin? Kedua2 keadaan, haram atau wajib adalah dikira sebagai kemestian untuk tinggal ( haram ) atau kemestian untuk buat ( wajib ) yang tidak ada kelonggaran. Bermakna ; kedua2 itu WAJIB untuk ditunaikan, samada tinggal yang haram atau buat yang wajib.
Manakala kaedah usul fiqh pula menyebut :
”Mana2 perkara yang tidak sempurna perkara wajib melainkan dengan perkara tersebut, maka perkara tersebut turut sama menjadi wajib”.
Sebagai contoh yang paling masyhur ; wudhuk. Asal hukumnya adalah sunat, akan tetapi tidak sah solat seseorang tanpa berwudhuk. Dalilnya Nabi s.a.w menyebut : ”Tidak ada solat ( tidak sah solat ) bagi mereka yang tidak ada wudhuk”. Sedangkan solat itu adalah perkara wajib. Maka demi untuk menyempurnakan perkara wajib tersebut ( solat ) maka wajiblah juga ditunaikan perkara yang menyempurnakannya iaitu wudhuk tadi. Justeru, wudhuk yang asalnya sunat bertukar menjadi wajib.
Saat Bilakah Nikah Itu, Boleh menjadi Wajib???
Nikah Boleh Jadi Wajib
Begitu juga dengan nikah. Suruhan supaya menjauhi zina adalah wajib. Suruhan untuk menahan pandangan juga wajib. Suruhan untuk menjaga kehormatan juga adalah wajib, sebagaimana saya nyatakan dari dalil2 di atas. Maka, jika seseorang itu berada dalam keadaan di mana dia akan tergelincir melakukan zina dan menggadaikan kehormatan disebabkan tidak bernikah, lalu menjadi satu kewajipan baginya ketika itu untuk bernikah. Sama seperti kaedah usul fiqh di atas. Demi untuk menyempurnakan perkara wajib ( mengelakkan zina , menjaga kehormatan etc ) yang tidak sempurna melainkan dengan perkara ini ( nikah ) maka nikah itu turut sama menjadi wajib.
Sebab itu saya teringat petikan kata2 Pahrol Md Juoi dalam bukunya yang berbunyi ; ”jangan tergesa2 , jangan tertangguh2 ”. Benar, ada yang tidak perlu tergesa2 , tetapi ingat! Ada juga orang yang tidak boleh tertangguh2 lagi..
Lalu dikatakan ; nikah itu soal jodoh.
Dan seseorang itu tidak mungkin dapat mendatangkan jodohnya sendiri. Maka bagaimana? jawabnya , ia benar. Manusia tidak mungkin bernikah kecuali apabila jodohnya telah tiba. Akan tetapi manusia boleh berusaha. Berusaha sedaya upaya itulah yang dihukumkan wajib. Samada berjaya atau tidak, itu terserah kepada Allah. Manusia tidak ditanya tentang kejayaan, tetapi manusia akan ditanya tentang usaha…bukan?Samalah juga dengan bab melakukan taat dengan meninggalkan maksiat.
Begitu juga dalam bab melawan hawa nafsu. Kita diwajibkan berusaha melawan hawa nafsu, berusaha melakukan taat dan sebagainya. Maka berusaha semaksima mungkin itulah yang merupakan kewajipan kita, kerana bukan kita yang merupakan penentu samada berjaya atau tidaknya kita dalam kehidupan di muka bumi Allah ta’ala ini. Apa yang penting, sama2lah kita berdoa semoga Allah memberikan taufiq serta inayahnya kepada kita untuk kekal thabat di atas jalanNya yang benar.

Bagaimana Pula Untuk Taqdim  (Melamar) seseorang itu?


Taqdim (melamar)

Ha!! semua ini tidaklah susah dan sukar. berbaik kepada diri Kita. Teringat akan sebuah Penulisan Karya Kakak Fatimah Syarha bukuny yang berjudul " Pemilik Cintaku". Yamg dimana ada mengisahkan bagaimana Beliau dilamar . Beliau dilamar Melalui perantaraanseorang pensyarahnya yag mengenali dirinya. Akhirnya mereka bernikah..

Dan banyak lagi cara untuk melamar seseorang antaranya:


-Melalui Facebook.

-Terus -menerus
-Jumpa Ibu dan Ayah (recomended)
-Unit-Unit yang membantu untuk Mencari Isteri atau suami.(recomended)
-Melalu perantaraan (recomended)
-Dan lain-lain yang berlandaskan syariat islam.

Yang Paling Utama dan terpenting, Berdoa kepada yang Kuasa dan pemberi cinta.

Antara Doanya,

"Wahai Tuhanku, Berikanlah aku akan cintaku kepadamu dan jua cintaku kepada orang yang mencintaiMU"





dan banyak lagi.




Ha!!


Sebelum itu carilah jalan untuk mengenal selok belok diri nya dahulu. Bukan daripda Tuan punya Badan tetapi Usaha carilah yang berdekatan dan yang mengenali dirinya terlebih dahulu. Buka Apa--- Risau kena-kena Janda anak 10 ka, Isteri orang ka, Atau perangai macam Hantu.

Untuk Melamar ada pula adab-adabnya,

Ayat yang nak diberikan sebaik-baiknya difahami tuan punya badan. Janganlah terlalu berbunga-bunga, Risau akan jatuhnya penzinaan Hati. Jadi berhati-hatilah.


Bak Kata Ustaz Azhar Idrus :
"Kalau Mu nak Nikoh sangat gi Jumpa pumpuan yang mu Minat, Mu cakap  ke dia,macam nie:
 
Assalamu'alaikum, saya dah lama dah minat kat mu nie, jadi say nak nikoh dengan mu esok boleh dok?'
Kalau dia jawab dia dah berpunye, gi lah cari yang lain, cakap yang sama. kalau dah ada gi cari yang lain, Banyok lagi.kalau  minat anak jiran, Gi jumpa, Cakap kat Mak dia, ' Assalamu'alaikum Mok cik, saya minat kt anak ok cik, boleh dok saya nikoh ngan anak Mok cik?... Jawab Mok cik tu: 'Anak Mok cik dah tunang doh.. Mok cik nie je Jande anak Satu, macam mane anak nie berminat ke?'..

Ha!! kan Mudah, Islam tu dah berikan kita kemudahan tapi janganlah terlalu mudahkan seperti Kaum Syiah yang Menggunakan perempuan dengan Duit sahaja.. Itu Haram, wanita diletakkan martabat tinggi tetapi dipelecekan.
Na'uzubillah hu Minzalik..

Berjiwang Waktu Bila?


  Dan tidak perlulah kita berjiwang-jiwang sangat untuk melamar seseorang itu, berjiwang lah setelah bernikah kerna itu lebih indah dan ceria dalam sebuah Keluar. InsyAllah Biiznillah semua ini akan berlaku selagi segalanya dilakukan dengan niat yang sebenar yakni ingin beribadah dan mencapai Redha Allah S.W.T.

setiap Perkara yang bakal Berlaku itu adalah ketentuan Daripada Allah.

Akhir sekali,


Lelaki itu adalah Imam dalam Keluarga,

Manakala Wanita itu adalah Makmumnya,
Lelaki dan wanita mereka tidak pernah lengkap,
Maka saling lengkap-melengkapi,
Suami bangun Tahajjud kejutkan Isteri.
Subuh terlewat Isteri Awalkan,
Isteri masak suami bantu,
Isteri Buat kerja rumah,
suami lah pembantu,
Suami penat balik bekerja,
Isterilah penawar duka,
Isteri cerdik dan Solehah,
Penawar Luka,
Penyejuk hati,
Pemberi ruang Fikiran,

Itulah Indahnya Berkeluarga.....

"Cinta Itu Bukanlah satu Perkara yang perlu dipermainkan,

Terutamanya dalam Hidup Berkeluarga,
Susah senang Bersama,
Tetapi,
Kenallah Sedikit sebanyak Akan DiriNya sebelum Bernikah,
Dan jadilah Sweet Couple Till Jannah,
Setelah Halanya diantara Kamu Berdua,
Lahirkan Islam Dalam Rumah tanggaMu,
Maka Itulah membawa Keindahan,
Hinggalah di sana.
InsyAllah..





Wallahu'alam...




No comments: