Monday 27 October 2014

Rehlah Lautan

  Alhamdulillah Minggu lepas Admin dan Team HSM dapat meluangkan sedikit masa cuti yang tersisa untuk turun ke laut mencari rezeki. haha..

Sunday 26 October 2014

Bumi Berkah Yang Sebenar

Terpangggil Admin Untuk berkongsi kisah Sinai. Baru-baru ini Admin menjelajah ke bumi sinai buat kali kedua selama 2 Tahun setengah berada di Bumi Mesir ini.


Bukan Gambar Admin

  Sepanjang perjalanan pendakian, admin cuba menukar rekod pendakian disaat awal menjejakkan kaki disini. Daripada Awal pendakian sehingga tamat admin berada di bahagian Hadapan sekali. Niatnya nak menghabiskan masa pendakian tak kurang dua Jam. Namun tetapi terpaksa mengikut pembawa atau lebih molek penghulu Dakian kami. Namanya Dirahsiakan, Beliau merupakan pendudul asal Sinai Utara dan kini terpaksa berpindah ke Bumi Sinai Selatan yang lebih selamat berbanding sana.

 Admin cuba mengenali Penghulu itu dengan lebih dekat. 

Saturday 25 October 2014

~Bicara Apakah¿

Duduk seketika, kesakitan perut terubat dengan bualan dengan sahabat. Satu-persatu kisah dikaitkan. Daripada Ibrah masa sila sehinggalah keadaan negara Tercinta Malaysia.

   Teringat zaman persekolahan dulu. Badan terlalu sihat,jogging seminit pun tak larat,push up setengah pun mengah.

hurh...

  Memang teruk sangat, kalam-kalam sindiran dan perlian Memberi semangat. Hatta nak belajar mendekati sunnah rijal pun susah. Antaranya berkuda,tergelak kecil ketika mengingatinya.

"Hoi ni betis apa ni? Betis b*** ka?" soal tenaga pengajar Latihan kuda.

  Memang sakit mendengarnya tapi itulah ujian.

    Suasana sekolah memang manis kalau diimbaukan semula. Teringat saat menyertai kawad kaki sekolah. Badan besar, nak lompat bintang pun tercungap-cungap nafasnya. Push-up macam orang nak mati pun ada.

haha....

Bila dah besar dan tambah umur, bertambah pula saiz badan. Makanya selalu lah menjadi bahan perlian dan teguran. Walaupun itu adalah tarbiyah atau didikan islam yang baik maka wajib diterima. Pernah sekali ustaz di sekolah kata;

" Anta ni dah macam ana dah,ana dah kahwin anta tak kahwin lagi tapi perut macam ana. Ish, anta kalau dah kawin lagi tinggi dari ana apa.. Haha"

Gurauan dan kata-kata itu pemberi semangat disaat membesar dan berjauhan dari keluarga.

   Teringat pula murabbi-murabbi yang pergi dahulu. Semuanya pergi dalam keadaan dan petanda soleh.

Masyallah...

  Memikirkan bagaimana mati kami dan pengakiran kami. Alangkah indahnya dapat nikmat bermula dari saat kematian lagi.

Hurh....

  Diri pun kurang soleh, akhlak dan sebagainya entah kemana.

Astaghfirullah Hal Azim...

Semoga Allah mempermudahkan segalanya.

Rehat

Tit..tit.
Bunyian tanda Mesej Whatsapp Masuk. Petikan mesej daripada seorang Akhwat.

"Ustaz Tolong ambil ana di Mahattah satgi Boleh?"

Jawapanku Hanya berserah pada Allah. Saat azan maghrib. Perut memulas-mulas,tandas memanggil-manggil. Berkejar aku ke tandas sebelum solat Maghrib. Niat dan persiapan nak ke Kilang besi sudah dibuat. Ajak kawan temankan Ambil akhwat pun sudah.

Selesai hajat dilakukan, terus siapka  diri solat maghrib dan bergegas ke mahattah disamping pakaian untuk ke kilang besi sudah dilakukan. Selesai ambil akhwat tersebut, perut masih memulas-mulas lagi. Keinginan nak ke Pusat besi sudah berubah.

order makanan dan Siap nak makan dan teruskam kerja lain. Esok lah Aku Datang Pusat Besi.

Penat

Pm Me
Pmdone.

Hurh... banyak pula Inbox masuk permintaan untuk menyertai kursus yang aku anjurkan. Kenali dan kendali laptop. Bagi mereka memang mahal, tapi aku cuba letakkan Harga Paling minima. Dan yang paling penting berbaloi bila sertai dan habis kursus boleh teruskan sebagai latihan harian untuk menyelesaikan masalah-masalah simple sedemikian rupa.

Penat juga balas mesej tapi bila dibalas apa-apa jawapan pun tiada. manusia oh manusia.

Friday 24 October 2014

~Azam Baru~

Argh.......
Hurh....
Satu Lagi....
More...

Keluhan Memaksa Diri walaupun seharian tanpa Rehat. Kilang besi Menjadi tempat luahan hati,tempat melepas geram. Besi 30kg diangkat dan dilepaskan setelah cukup bilangan Reps.

  Latihan 2nd last menambahkan lagi kepenatan badan. Tak tidur dan rehat dari pagi sampai ke Maghrib.

  Pagi-pagi lagi sudah siapkan diri berkejar ke Ceramah Bulanan yang dianjurkan Oleh HaluanSiswa Mesir. Rasa rugi pula bila terlepas majlis ilmu yang diadakan sebulan Hanya dua kali sahaja. Kali ini jemputan Khas dari Malaysia,Graduan Al-Azhar tahun 1979. Zaman Mustafa masyhur ada lagi dan Sempat dengan Anwar sadat.

  Selesai Majlis hampir solat Jumaat. Keletihan tidak dapat dibawa ketika solat jumaat kerna Khutbah yang menarik berkaitan Awal Muharam.

  Bum......
(bunyi hempakan Besi 30kg)

Terfikir awal muharam, semua orang fikirkan Hijrah sedang Hijrah Rasulullah berlaku pada Bulan Rabiulawal.

  Tapi tak mengapa, hijrah tetap perlu dilakukan untuk tahun Baru. Tahun lepas tidak banyak perubahan dilakukan. Tahun Baru, azam pun baru.

APA AZAM KALI INI???

Bermain difikiran ku disaat Menghabiskan sesi latihan 1. Saat itu jugalah kilang besi ini kosong tanpa penghuni. Biasalah hari Jumaat, memang akan kosong. Main sorang-sorang ja lah.

Azam?

-Najah 'ala tul?
- Kahwin?
-Katang?

Haha......

Macam real saja. Kalau Berjaya Hafal dan Istiqomah sekurang-kurangnya 4-6 Juzuk ok juga sebelum balik Malaysia. Nak naik tahun setiap tahun itu merupakan Azam dari awal lagi kehadirian dibumi anbiya'.

Tapi......

Masalah kewangan menghalang dan Perkara utama adalah pengurusan masa yang baik menjadi masalah.

Dalam Masa 2 tahun, apa yang aku buat?
Perancangan yang tapi lansung tiada. Yang ada perancangan nak Kahwin. Haha.

kahwin lagi...Huhu.

Perancangan itu ada cuma tak berjalan, seringkali memfokuskan diri dalam bidang perniagaan dan pengurusan komputer dan elektronik. Kenapa?

Minat utama ke situ tapi sambung pengajian area lain. Bukan silap antena tapi, dengar:Taat dan Patuh menjadi prinsip.

Sambung jualah ke mesir dalam bidang sebegini dan ianya lebih mulia berbanding ilmu alat tu. Baik ambil yang ini disamping menambah ilmu lain.

Ok....

Azam lagi...

1. Hafal Quran biar Bertambah bukan terkurang.
2. Usaha yang terbaik dalam Kuliah Usuluddin
3. Tingkatkan dalam Bisnes walaupun Sampingan dan bantu keluarga.
4. Bina pelapes pakar Komputer.
5. menjayakan Jana kewangan Hsm
6. Build Body kasi cun.
7.Kahwin
8. Menjelajah di Bumi Anbiya dan sekitarnya

Banyak lagi rasanya. Haduih... penat juga. Sesi Latihan kedua Pun dah nak habis. Tahun Baru azam Lama masih kekal tertulis sejak datang ke Mesir. Rindu keluarga jauh dimata tapi dekat dihati.

Memikirkan bagaiman kos Hidup mereka sejak kenaikan segala barang terutamanya minyak. Harapkan BRiM  tu memang tak cukup lah setahun. Nak bagi banyak pun kat sini pun tersekat-sekat nak Keluarkan.

"Ya Allah engkau Permudahkan Urususan mereka, Engkau ringkanlah beban mereka. Aku rindukan mereka"

Thursday 23 October 2014

Malaysia Oh Tanah Airku

Baru Tahun Lepas Balik
Dan Baru setahun Tak Balik.

Harapan Tak dak Permintaan Untuk Pulang Ke Tanah Air.

Tapi bertambah Pula Permintaan Itu. Daripada Dulu lagi Berat ak balik. Nampaknya perancangan Nak balik I.Allah akan Berubah kepada Tidak balik seandainya Permintaan Biz meningkat Di Mesir.

Berlajar.Berniaga dan Berp3rsatuan.

Itulah Harian  Aku Disini. Kadang-kala Penat juga, tapi itulah yang Wajib aku lakukan Untuk membantu family aku di Malaysia.

Hurm....

Sebut pasal Family kat Malaysia. Keingianan nak berkahwin dan mendirikan rumah Tangga menjadi lusuh.

Kenapa?

Calon pun belum ada.Almaklumlah Orang tak hensem, hati pun belum tentu baik,akhlak pula kata Orang kurang siqohnya (sebab Pemakaian ja).

Ok. kembali pada Pulang Malaysia.

Hasrat daripada Tahun 1 lagi, cukup 4 tahun baru balik. Habis pengajian atau tak, tetap balik. Bila dah ada di Mesir macam -macam ujian mendatang. Bajet pun dah berlari ke mana tah. Itu lah tiada pengurusan wang dengan baik.

Hurh.....

Niat kahwin tu kembali lagi setiap kali memikirkan pengurusan kewangan Dan bisnes.

Abaikan?

Susah da Sukar.

Cadangan nak Balik malaysia pun bila ada calon dan Jodoh mendatang.

Sabarlah Wahai Pemilik Hati.