Datang dan pergi semua itu telah tercatat dan disusun Oleh-NYA. Kita tiada hak dalam menentu segalanya melainkan peluang dan ruang yang Allah berikan.
Keras kaku melihat keadaan anak yang sudah membiru saat subuh hari. Selesaikan Solat subuh dan terus bawa ke Hospital untuk mengetahui punca pemergian. Kisah ini pernah dinukilkan di sini>>>Coretan Mei
Kadang semua orang lihat si ayah Pasti kuat dan tabah menerima segala ini. Kadang lemah jua saat syaitan membisik, habis rosak segalannya.
~Stress~Kesihatan Kurang dirapi~Pemakanan Tiada aturan~
Saat itu, pelbagai perkara mula terjadi. Sakit yang berlaku sebelum kami diijabkabulkan kembali. Berat badan mulai naik mendadak, dalam hati nak teruskan Honeymoon selama beberapa tahun kerna hati yang sedih dan ingin bina empire perniagaan terlebih dahulu.
Tapi rezki Allah siapa yang tahu, Maka lahirlah Umar kedua dalam hidup kami.