Monday, 21 January 2013

~Diantara Dugaan dan Nikmat 2~


KEINGINAN SETIAP INSAN

 Dalam masa yang sama kamal juga tunduk malu dan berasa berdosa akan dirinya yang dahulu sambil mencelah,
“Ahmad, itulah jua kehidupan ingat tak lagi kita Pernah kantoi dulu pasal bawak barang yang tidak dibenarkan ke sekolah dulu, hang selalu cover  line aku, Tapi semua itu pengajaraan buat kita, pastu dah masuk Form 5 dah lar nak SPM duk gila bercinta pula, so serabutlah jawabnya last sekali semuanya terhenti. Aku ….(tunduk Kamal sambil mengenangkan zaman Jahilnya dulu).

“Kenapa Kamal? Aku pun naik hairan. Tiba-tiba saja,  Angin takde, rebut takde hujan pun takde hang berubah ketika tu, disaat aku rasa hang tengah panas bercinta samapai nak kahwin lepas SPM. Diam-diam sahaja hang jadi macam orang betul-betul alim, aku tahu sebelum nie pun hang pernah cuba jadi baik tapi, kita selalu jadi kawan Si dia(syaitan), selalu sangat Ponteng Program,ceramah dan macam-macam lagi.Dulu sebelum hang berubah, hang pernah cerita kat aku yang hang teringin sangat sambung dalam bidang Elektrik dan juga System komputer. Tapi, tetiba ja hang cakap kat aku hang nak ambik STAM, kemudian sambung ke Mesir.. HuHu macam tak masuk akal” Keluh Ahmad sambil menghembus dengusan angin  yang kuat.
 “Hmmm… (Kamal Tersengih)”
“Sebenarnya itu punca aku mula inginkan perubahan setelah aku berhenti Ponteng dan Cuba merasai nikmat mengikut program,ceramah,tazkirah dan sebagainya. Dari situlah hadir dalam diriku Keinginan berubah terutamanya apabila satu kata-kata ringkas yang memberi semangat untuk aku berubah iaitu “Setiap Manusia dalam dunia ini Ingin menjadi orang baik,walaupun dia seorang Samseng Jalanan. Itulah sebab hadirnya semangatku untuk berubah sebegini dan satu lagi amanat yang seperti ditujukankhas buat diri aku nie” Jelas Kamal
“Apa Dia?” Soal Ahmad.
“Jiwa Remaja sememangnya sentiasa Membakar dan terus membara maka semuanya menjadi keinginan bagi mereka yang digelar Remaja dan Kehidupan ini merupakan Perjalanan dan Perjalanan saat menjadi remaja Lah waktu dugaan yang terbesar. Dimana mereka akan berada di sebuah Jambatan yang lurus maka hadirlah cabang-cabang jalan yang bakal membawa mereka ke Tempat yang membinasakan Diri Mereka. Setelah Perjalanan itu selesai maka jadilah diri mereka dan itu bukanlah penamat selagi mana kita tidak membawa emas-emas untuk mendapat nikmat yang terbesar disana Iaitu Syurga dan Tempat yang paling Hina dan azab yang teramat Dasyat sekali yakni Neraka.Perjalanan kita di Sinilah Penentu kita disana…..”Kamal menyebut semula kalimah yang tidak pernah hilang dalam hidupnya.
“ketika inilah aku tersentak,aku terjaga dari tidur dan aku juga sering cuba ajak hang dan sehinggalah aku dan hang jadi seperti sekarang. “ Jelas Kamal
“Kamal! Aku rasa tak habis lagi cerita hang nie, cinta hang dulu hang buat apa?” Soal Ahmad sambil tersengih.
  Kamal terdiam seketika, seolah-olah malu,seolah-olah menjadi pendosa sepanjang hayat. Pada masa yang sama makanan yang dipesan sudah sampai.
“Terima kasih” ucap Ahmad dan Kamal kepada Pelayan tersebut.
“ Begini Ahmad, aku dah membuat kata putus dekat si Dia dengan harapan dipanjangkan umur dan dipertemukan semula sekiranya dia adalah Jodohku dan aku perjelaskan segalanya kepada Si dia dan aku dengar dia Pun dah jadi Ustazah. Alhamdulillah lar, dia tidak seperti dulu lagi, semoga di menjadi seorang yang solehah,dan dipertemukan dengan orang yang lebih baik dari diri aku nie.Dan sekarang aku nak habiskan Ijazah aku dulu, doakan aku agar dipercepat dan dipermudahkan segalanya”Jelas Kamal dengan sedikit rasa segan.
“Fuhh!! Hebat hang  Kamal, hari nie baru aku tahu segalanya.InsyAllah Aku sentiasa doakan hang. Makanlah! Nanti sejuk pula”  dengan kagumnya Ahmad memuji Kamal.
“Ha! Sejak aku balik nie dengar cerita hang orang kuat sekarang di IPOH nie, Kongsi Gelap mana Pula yang hang pegang nie” Soal kamal
“huhu, Kongsi Gelap? Takkanlah dah tinggalkan bumi Ipoh nie selama 2 tahun dah lupa, dulu sinilah kita bersama-sama mencari kekuatan untuk berubah, sambil membuat aktiviti dan mengisi Slot untuk pelajar sekolah Menengah dan Sekolah Rendah,disinilah kita belajar dan belajar menjadi seorang insan yang lebih berguna . Kita bergerak dalam sebuah NGO untuk membuat Program dan pelbagai lagi Aktiviti. Dan disini jualah aku habiskan masa aku, dan menghabiskan masa muda aku dan aku yakin semua ini bukanlah untuk diri aku sahaja tapi untuk Umat islam dan anak muda di dunia ini” Jelas dan jawab Ahmad.
“Terima Kasih kamal!, hanglah satu-satunya sahabat aku, Hang tak berubah pasti aku lebih teruk daripada Dulu. Mungkin aku tidak berada disini. Mungkin parang,pedang pistol menjadi barang permainan ku” Tambah Ahmad.
“Usah engkau berbicara sebegitu wahai sahabatku, semua itu daripada Dia yang satu, aku pun dulu mungkin jadi apa yang engkau bicarakan tadi, Namun aku percaya,”Setiap orang pasti boleh berubah tiada siapa pun dalam Dunia ini tidak boleh berubah seperti  Apa yang Allah berfirman di dalam KalamNYA yang indah yang bermaksud “ Barangsiapa yang tidak mengubah nasib sesuatu kaum maka Allah tidak akan mengubah nasibnya..” Jelas Kamal.
“(Sambil Ahmad menghirup Saki-baki airnya).. Benar wahai sahabatku, aku rindukan saat kita bekerja dulu dalam program-program yang dibuat dulu.”
“InsyAllah aku akan kembali dan berkhidmat lagi untuk Islam Dengan Izin Allah” Jawab Kamal dengan tenang.
      Kamal bangun dan sengaja segera membayar agar dapat belanja sahabat baiknya,semuanya sudah selesai.Panjang lebar cerita mereka. Seusainya mereka dari gerai makan tersebut, terdengar azan berkumandang dari masjid berdekatan. Mereka berdua terus menuju ke Rumah Allah itu untuk menunaikan kewajipan sebagai individu muslim.Setelah selesai solah, Berehatlah mereka berdua sebentar di penjuru Masjid sebelum bergerak ke destinasi lain.

No comments: