Thursday, 15 August 2013

~Bumi Nabi Musa Menangis Lagi~





 " Dr. Yusuf Qardhawi berkata, Perkara ini tidak pernah ada dalam sejarah Mesir."




    Bumi Ardhun Kinanah atau dikenali bumi yang  penuh bersejarah dengan Para Anbiya'. Keamanan kembali, gerak kerja islam kembali seperti sedia kala selepas 30 tahun dibawah cengkaman Mubarak laknatullah. Dan kembali di bawah kepimpinan seorang Muslim penghafaz Al-Quran seorang yang soleh. Walaupun beliau mempunyai beberapa kelemahan namun itu bukanlah menjadi alasan untuk beliau dijatuhkan dalam masa yang teramat singkat. Beralaskan dakwaan beliau tidak cerdik ekonomi menjadi penyebab beliau ingin dijatuhkan. Begitu jua beberapa krisis yang hanya berlaku seketika tatkala baru setahun beliau memerintah. Itulah tindakan mereka yang tidak berkehendakkan Islam. Matlamat ingin menjatuhkannya atas kerana beliau mengambil berat berkaitan Gaza dan jua Syria.


  Hari ini 14 Ogos 2013, mereka diserang buat kali kedua setelah serangan
pertama di Nasr City pada Ramadhan yang baru sahaja berlalu. Dan bilangan syahid Terkini pada 15 ogos 2013, sekitar 3000 orang dan yang cedera,sekitar 15000 orang. semua mereka dikalangan muslim kita dan Mereka adalah Ahli Sunni sendiri bukannya non-muslim mahupun syiah. Mereka dibunuh dengan Kejam,dibakar dan sebagainya. Hatta masjid jua dibakar dan tempat rawatan mereka turut dibakar.

 Ramadhan dan 'Aidilfitri di Medan Rabi'atul 'Addawiyyah.




Pemain Bola Mesir Kelab Ahly


Pernikahan Berlansung pada 1 syawal


Pesta Air



Hari ini Setelah mereka diserang oleh perampas Kuasa


14 Ogos 2013,merupakan hari bersejarah pada Mesir. Tentera bukan lagi bersama Rakyat namun tetapi mereka menjadi musuh. Mereka membunuh, Menggilis dan melakukan sekejam-kejamnya. Dihantar Pula Skuad 777 yakni skuad Komando Helang mereka.Tentera yang dilatih dengn keras namun apa yang mereka lakukan. Anda Lihat sendiri;

Antara yang syahid

Ini Masjid yang Dibakar, Masjid Rabi'atul Addawiyyah, Merupakan tempat yang sering Diadakan Program Oleh Persatuan Pelajar Melayu di Mesir.

Masjid Raba'ah yang dibakar

Setelah Dibakar
Selepas Diserang

Ketiak dibakar dan inilah hasilnya
Gambar Para syuhada'..


Jurukamera Dibunuh terlebih dahulu
Makcik Tua ini Ditangkap

Makcik tua ini ditangkap kerna memiliki senjata.














Anda Bezakan sendiri

Setelah apa yang berlaku, Bukanlah pemutus semangat Mereka. Namun ini sebagai pencetus semangat yang lebih berkobar. Yang bakal menyaksikan lebih lagi kematian demi mempertahankan Islam,hukumnya dan Bumi Mesir yang tercinta ini. Kekejaman yang dilakukan telah membangkitakan semangat sedunia.


Sekitar Iskandariah.
Add caption

 Dari Medan Raba'ah Kini Berpindah Ke Alf Maskan

sanggup berjalan jauh, dan terus berdemontrasi agar Dr. Morsi dikembalikan sebagai Presiden Mesir


16 Ogos 2013, Dr. Yusoff Al-Qardhawi menyeru agar semua turun ke medan tanda sokongan untuk menjatuhkan pemerintah perampas ini. 

Hari Kemarahan
Gambar pasangan yang menyokong Dr. Morsi dikembalikan.

Doa itu sebagai senjata. Teruskan berdoa Demi Mesir dan Umat Islam yang Dibunuh.
 Lagu yang dinyanyikan Oleh sahabat saya di Malaysia, khusus buat Mesir dan jua negara-negara Islam Lain. Menantikan dalam bahasa Arab.


"Jangan jadikan Diri anda sebahagian tali barut mereka, membunuh 
Umat Islam sendiri yang seakidah dengan Kita"

Sumber,

#Mesir Kini
#Page sahabat arab Mesir
#Twitter

Mosa'ab Elshamy


Dan banyak lagi.


___________________________________________________________________

Keadaan Pelajar Malaysia Di Sini


Alhamdulillah semua pelajar disini selamat. Masih boleh keluar makan seperti biasa di siang hari. dan hanya berada dirumah apada malam hari bermula jam 9 malam sehingga 6 pagi. Ibu-ibu, ayah-ayah dan keluarga di malaysia. Usah risau. kami jua manusia,kami jua seakidah dengan mereka dan kami akan taat patuh pada pemimpin yang benar sahaja dalam perkara berkaitan Kenegaraan. Namun dalam keselamatan kini dan tindakan berjaga-jaga kami terpaksa patuh araha Darurat ini.

Namun, apa jua sekalipun Keadaan kami semua sihat dan selamat. Yang masih nak buat penghantaran ke Mesir. Boleh saja, tiada masalah, tiada kata putus daripada Al-Azhar yang menyatakan pengajian dihentikan begitu juga persatuan pelajar melayu disini. hanya tidakan yang perlu dijaga.

Yang Penting. Teruskan berdoa Untuk Mesir. Doa kita adalah senjata.

No comments: