Kau terlalu istimewa,
Kasih dan sayangmu terpancar,
Seikhlas tiada batasan,
Terus membara,
Terkilan rasa jiwa,
Ingin ku lihat mu dewasa,
Namun apa daya,
Tuhan lebih menyayangimu...
Kasih dan sayangmu terpancar,
Seikhlas tiada batasan,
Terus membara,
Terkilan rasa jiwa,
Ingin ku lihat mu dewasa,
Namun apa daya,
Tuhan lebih menyayangimu...
Sayang sesama manusia asalkan tidak melebihi sayang kepada Allah. Allah kurniakan zuriat dan Allah jualah berhak mengambil ianya bila2 masa sahaja. Pinjaman Allah yang cukup bermakna buat insan lain. Yang pergi memberikan kesan yang sangat mendalam buat diriku dan suami.
Ketika lahirnya kamu ke dunia dalam usia 7 bulan, sedihnya hati ini. Bimbang memikirkan mu, namun tetapi apabila hati itu yakin dengan Allah. Hati akan sabar menerima segala ketentuan Allah.
Apabila lahirnya kedunia waktu usia yang awal Allah berikan kesihatan yang baik pada dirinya. Tiada sebarang masalah kesihatan tetapi berat mu hanyalah 1.5 kg kecilnya kamu waktu itu. 10 hari kau berada di hospital, umi menantimu di mahligai singgahsanamu, umi terus menunggu dan terus menunggu kepulanganmu wahai anak syurga.
Tiba lah waktu kepulanganmu ke rumah sehari sebelum menyambut ramadhan. Bahagianya hati ini hanya Allah yang tahu.
Anak syurga itu lah yang mengejut kan sahur dengan bunyi tangisan lapar. Ingin juga bersahur bersama abi dan umi. Hampir setiap hari dan selama sebulan kami menikmati juadah sahur bersamanya.
Menjagamu memberi kebahagiaan pada umi mu ini. Setiap susu yang diminum dari umi mu ini adalah untuk membesarkan mu.
Ramadhan dan syawal bersamamu menambahkan lagi kebahagiaan.
Walaupun kelihatan kecil dan tidak seperti bayi yang lain yang lahir besar dan montel, umi tetap sabar menunggu hinggalah anak syurga itu membesar.
Tak pernah kenal erti penat dalam membesarkan mu sayang. Setiap hari apabila terlihat wajahmu sedang lena diulit mimpi, kadang terfikir bagaimana jika mu membesar dalam keadaan dunia yang penuh dengan lakonan manusia.
Hari berganti hari sering terdengar tentang kematian bayi2 yang masih kecil, kadang terfikir mampukah umi mu ini kuat dan terima semua itu seperti ibu ibu yang telah kehilangan anak yang masih kecil...
Akhirnya umi mu terpilih dengan perkara seperti ini. Hanya perkataan sabar dan redha yang dengar di telinga.
Hati ini cuba untuk kuat walaupun kadang lemah dan tidak mampu. Allah kuatkan hati ini melalui insan2 yang sentiasa memberi semangat. Dan sesungguhnya kematianlah yang paling dekat dengan seseorang itu.
Melihat barangmu membuat hati ini sentiasa teringat kenangan bersamamu. lalu disimpan barang2 itu bukan untuk melupakanmu tetapi untuk tenangkan hati ini bahawa perginya anak syurga itu dengan tenang dan damai. kerana umi mu tak pernah melupakanmu walau sedetik pun.
Sebulan sudah pemergianmu wahai anak syurga. Pergimu suci tanpa dosa, tiada hisab ke atas dirimu wahai ahli syurga. Bergembiralah mu di sana,bermain bersama ahli syurga yang lain. Hanya jasadmu sahaja di dunia...
Umi mu redha dengan ketentuan Allah walaupun kadang hati ini menangis merindukan mu, tapi sedih itukan fitrah yang Allah berikan untuk setiap hambanya...
Isbir ya qalb,isbir,isbir.la tahzan innallaha maana.
InshaAllah Allah akan kurniakan dengan sesuatu yang lebih baik...
Terima kasih Sang Pencipta kerna telah meminjamkan "Muhammad Umar alfateh untuk hadirkan kebahagiaan dalam hidup ini. Sesungguhnya dari Engkau kami datang dan kepada Engkaulah Kami kembali.Tiada yang terkecuali dan tidak akan lambat walau sesaat...
Ummu Mehmet 'Umar el-Fath
No comments:
Post a Comment