Wednesday, 11 September 2019

Aku Benci Pemakai Niqab

      Dari sekolah menengah lagi aku sering kelihatan mereka memakai Niqab,cadar atau Purdah. Kadang sampai menjengkelkan dan sangat benci dalam kehidupanku. 

Kenapa??

  Ya iyalah pakai Purdah,Niqab arab bagai tapi perangai nah macam separuh setan pun ada. Bila jumpa lelaki tergedik sana sini. Bila depan ustaz hensem,terserlah keayuan dalam kesopanan itu. 

Wah... Hebat sungguh mereka yang bertopengkan sehelai kain nipis ini.


   Kadang-kala sifat kewanitaan itu dalam diri mereka seperti tiada. Bagiku wanita yang bercadar ini wajib menjaga peribadi sebagai wanita muslimah. Bahkan memberi contoh yang terbaik dalam agama dan cuba menjadi yang terbaik walaupun ada kekurangan.

Berpurdah tapi Berpakaian yang menonjolkan.

  Yes, berpurdah is the right thing but dont do the wrong thing. 

Pakai Niqab,purdah tapi T-shirt yang menampakkan Bentuk badan terutamanya Benjolan terlarang bagi lelaki melihatnya. Pakai niqab tapi pakaian yang mengikut tubuh badan. Kalau yang berjubah pula suka sungguh menggunakan kain lycra atau seangkatan dengannya yang sangat menampakkan bentuk badan.

  Yurp lelaki selalu salah sebab iman Tak kuat. Tapi iyalah iman itu kan sering naik dan kadangnya turun bahkan seringkali lebih banyak menurun kalau selalau diperlihatkan sedemikian.

"Ingat mata orang berpurdah tu pun bahaya ditambahkan pula pakaian yang bahaya. Free lelaki boleh amalan ke Api ..........."

Ha!!!!

   Itu antara sebab aku tak suka orang berpurdah ni. Kadang-kala berpurdah tapi suka pula nak show off gambar dalam media sosial siap masuk dalam dalam aplikasi bigo lah, bogo lah, menyanyi di smule lah dan sebagainya. Bagiku bukan lah satu adab atau tabiat yang baik bagi seorang pemakai Niqab ini.

Nah!!!

   Hari ini aku juga digelar sebagai suami kepada pemakai purdah. Seringkali aku berpesan " kalau nak show off kat orang, kalau keluar yang lain tak lengkap menutup aurat, tak perlu kot pakai purdah." Tapi kerana semua dan apa yang dirinya buat bertepatan dengan syara' maka tidak salah lah untuk memakainya.

  Ada juga yang sekadar pakai ikut trend, pakai sekejap cabut, pakai pula yang indah-indah bagi orang tertarik siap mata tu mekap bagi bulu mata melentik dengan celak yang tebal, sungguh mengaibkan bagi seseorang bernama wanita.

   Bagi wanita yang diluar sana, tolonglah jangan membuatkan satu pakaian yang diharuskan menjadi haram bagi seorang wanita memakainya kerana zaman jahilliyah dahulu pelacur pun pakai purdah tau, tapi purdahnya dipenuhi dengan tabarruj dan dijarangkan purdahnya.

Bagi suami-suami janganlah dayus, Peliharalah anak-anak dan isteri daripada Api Neraka, jangan dibiarkan apa yang salah. Kalau dah pakai celak tebal nak keluar rumah suruh tanggalkan biar merajuk tak keluar rumah pun tak mengapa asalkan Neraka menanti disana kelak.

Wallahu'alam

No comments: