Saturday, 16 June 2012

-Dia Berjaya, saya Nak Juga-

  Man Jadda wajada , wa man zar'a hasoda
 (من جد و جدا ومن زرع حصدا)

    Kalimah ini sering kali kita dengarkannya, namun adakah semua orang lakukannya. Setiap manusia pasti mempunyai satu sifat yang dimana mereka inginkan sesuatu kejayaan yang telah dicapai oleh seseorang. begitu dengan diri hamba yang hina ini. Perasaan dengki selalu wujud apabila melihat mereka yang berjay, tidak kiralah ia seseorang rakan sekelas,rakan yang baru berjumpa dan juga orang yang kita tidk pernah mengenali diri mereka. Hakikat seorang muslim itu berkjaya diduni dan juga diakhirat kelak, Sepertimana  Allah telah menjanjikanuntuk menjadikan manusia didunia sebagai seorang khalifah. dan bukanlahmelakukan bencana dan kerosakan Adakah kita ingin menjadi seorang khalifah yang tidak berjaya dan menjatuhkan sesebuah kerajaan dan  juga menjatuhkan deen Allah..

   Persoalannya!!!
Adakah kita perlu berjaya dari segi kewangan sahaja???
Jawpannya tidak juga, tetapi ia memerlukan.....
Kewangan merupakan salah satu segi dari aset untuk menjana diri kita untuk mencapai kejayaan. 
Kejayaan merupakan sesuatu perkara untuk dicapai oleh seseorang agar dapat melangkahkan kaki dengan selesa dan tidak berasa terlalu goyah dalam pelbagai perkara... Aku juga ingin berjaya, setiap hari aku melihat seorang demi seorang yang berjaya. dan Aku bila lagi?? Oleh itu setiap orang harus berusaha untuk mencapai sesuatu kejayaan.. Melihat orang berjaya dalam pebagai aspek seperti menjadi seorang PENDAKWAH,JUTAWAN,BLOGGER ILMIAH,dan seorang yang memberi sumbangan kepada ISLAM dalam semua perkara. Itulah yang diidamkan oleh setiap muslim.
 Namun bagi saya, saya inginkan segalanya yang indh bagi kehidupan dunia ini dan saya mengharapkan juga keindahan di akhirat kelak agar kedua2nya seimbang... kekadang diri menjadi risau apabila terlajak perahu, dan sudah tidak lagi mampu untuk mengundur semula. Kerna Kehidupan dunia bukanlah Mudah untuk dikecapi sebagai mukmin yang bertaqwa..
  Suatu Hari ada seorang sahabat bertanya kepada sahabatnya,
"Wahai sahabatku, sekiranya engkau melalui kawasan yang dipenuhi duri, Apakah yang engkau lakukan?"
jawabnya, "Aku akan mengangkat jubahku lalu aku berjalan dengan berhati2"
Lalu sahabat yang bertanya itu berkata " Itulah hakikat dunia, wahai sahabatku kerna dunia sangatlah sukar untuk kita tempuhi, tambahan Pula kita ingin menjadi orang yang berjaya didunia dan di akhirat"


Oleh itu, kejayaan itu boleh dicapai dan digapai oleh seseorang. Namun tetapi, Usaha perlu diturutkan Bersama. sekiranya usaha tiada Allah tidak sama sekali memberinya dengan Mudah....
Ibarat Pokok yang Hendak ditanam, sekiranya tanah tidak digali maka pook itu tidak akan tertanam sampai Khiamat lah. sekiranya nak jadi seorang yang ternama, buatlah sesuatu untuk menjAdi orang ternama dan terkenal, sekiranya ingin jadi jutawan ,Lakukan sesuatu tanpa mengenal penat lelah, sekiranya Ingin Menjadi PENDAKWAH mak dalamkanlah Ilmu Islam itu, sekiranya Ingin menggapai dan merasai nikmat SYURGA ALLAH maka Buatlah Apa yang Allah Perintah dan tinggalkanlah apa yang dilarang..
  Selain itu, Perkara yang sangat penting untuk mencapai sesuatu kejayaan Doa dn tawakkal itu wajib disertakn kerna segalanya adalah daripada Allah S.W.T...



 Wallahh'alam...

 "Memperingatilah diantara kalian , 
sesungguhnya
 Peringatan itu amat penting untuk orang beriman"

No comments: