Saturday, 30 June 2012

~Kesusahan itu Pasti Ada Hikmahnya~


    Kehidupan itu tidak semestinya bermula dan berakhir dengan perkara indah sahaja. Namun , segalanya sudah ditentukan oleh Allah dan kita hanya mampu berusaha dan setiap usaha kita pasti disertakan bantuan daripada Allah S.W.T. kehidupan itu kadang kala  berlakunya sesuatu yang tidk dapat diduga dan berlaku secara tiba dan kita terpaksa mengikut jalannya sahaja.
   Kali ini saya seperti terpaksa melakukan sesuatu dalam keadaan tiba-tiba tetapi mungkin ada hikmah disebaliknya. Hari rabu selepas tamat waktu pengajaran saya di sekolah, sementara menunggu waktu asar menjelma. Talifon bimbit ku berbunyi panggilan daripada murabbiku, Azmi Bahari. Hajatnya untuk memintaku agar menyampaikan kuliyah maghrib di Universiti Teknologi Malaysia di Arau Perlis. Tajuk dan sedikit bahan untuk membantukku diemailkan kepadaku. Sekitar 2 jam masa diperuntukkan untuk membuat persediaaan sebelum menyampaikan kuliyah tersebut. Inilah tarbiyah,segalah arahan dan permintaan murabbi seharusnya menerima dan melaksanakanya. Jam  6.55, talifon bimbitku berbunyi lagi, tetapi panggilan ini bukanlah dripa Cikgu Azmi tetapi daripada Ustaz Nzaruddin. Saya diminta Pula untuk mengikuti rombongan ke Sekolah Menengah Agama Kampung Laut (SMAKL), Terengganu sebagai  guru pengiring. Menurut Ustaz Nazaruddin , bas akan berada di Matri sekitar Jam 9-9.30 malam dan semua hli rombongan akan berada di T’ganu selama 2 hari 1 malam. “Alhamdulillah dapat juga dapat pi T’ganu”(bisikku didalam hati) Saya pun mengiakan sahaja permintaan Ustaz Nazar tersebut, dan saya meminta izin untuk lewaat sampai di MAtri kerana risau akan kelewatan di UITM nanti….  Saya terus Mengemas baju tanpa menentukan sebarang perancangan, baju entah cukup atau tidak segalanya serahkan kepada Allah. Selesai Berkemas, terusku menuju ke luar rumah untuk menaiki kereta Cikgu Azmi.

   Hmmm, persediaan untuk kuliyah tidaklah dilakukan dengan baik dan itulah usaha yang mampu.  Hanya tawakal sahaja yang ku sertakan untuk menemni jiwaku yang wujud sedikit perasaan gemuruh bertambah cemas ini. Tetapi Alhamdulilah atas bantuan ilahi saya masuk kedalam surau tersebut dan memualakan kuliyah dengan tenang sekali. Makin bertambah masa penyampaian makin bersemangat untuk ku menyampaikan tajuk pad malam itu. Tambahan pula , yang berada bersama-samaku  adalah orang mudah maka lagi mudah urusanku yang dikiurniakan oleh Allah S.W.T. Alhamdulillah, setelah selesai kuliyah, kami terus solat isya’ berjemaah dan diimamkan oleh diriku sendiri.
   Jam tepat 9.30 malam, saya masih berada didalam kereta untuk cuba mengejar masa kembali ke Matri untuk menaiki bas rombongan tersebut. Dalam beberapa minit selepas itu, talifon bimbitku berbunyi lagi panggilan daripada Ustaz NAzar, memintaku agar lebih cepat untuk kembali ke Matri. Masa 10 minit dijanjikan , cikgu Azmi memandu laju dan berhemah  agar mendapatkan masa yang tepat untuk tiba di sana. Tepat 10 minit kami samapai di Matri dan bas sedang menantiku. Sekitar jam 10, bas mula bergerak untuk menuju ke destinasi iaitu T’ganu. Sepanjang perjaanan ,mataku kadang bert kadang tak, so kejap tidor, kejap bangun.Alhamdulillah setibanya di sekitar Kelantan ,saya melihat reality Kelantan bukannya mendapat cerita2 buruk melalui media massa kini yang banyak mencemarkan nama baik negeri ini. Banyak rumah yang besar2, yang paling best di Kelantan masjid2nya  begitu Indah. Binaan masjid yang begitu indah, inilah barulh Negara islam, Masjid dibina cantik, lalu diimarahkan oleh para penduduk kampong . Inilah yang dilihat denganmata saya sendiri ketika berhenti untuk menunaikan soalah subuh di Masjid Al-Bakti di Machang Kelantan. Ketika kami sedang solah, kebetulan kuliyah subuh diadakan dan  disebabkan tanda hormat  kepada tetamu yang sedang solah, kuliyah dipendekkan dan mereka mengadakan Tadarus Al-Quran Diluar Masjid. Setelah selesai solah, semua peserta rombongan bersiap mandi dan terus memulakan perjalanan  Semula untuk menuju ke T’ganu. Alhamdulillah,tiba juga kami di Terenggnu. Setibanya kami disana Destinasi yang pertama adalah Pusat Tamadun Islam di Kuala Terengganu. Banyak juga perkara yang menarik disana tetapi banyak juga mahal nilainya, seperti baju t-shirt biasa pun dah 25 ringgit. Itu yang tidak berkolar, yang berkolar up lagi 10 ringgit. Student yang datang bukanlah yang ramai wang mereka. Taman Monomen merupakan tempat yang menjadi tarikan bagi beberapa orang pelajar termasuklah saya, walaupun mahal Rm15 setiap seorang dan basikal Rm5/org. namun kepuasan itu, masih terasa kerana banyak replika2 yang menarik seperti masjidil Haram,Masjidil Nabawi,dan juga kuba sakhara’. Berada didalam Kubah tersebut seakan diriku sudah sampai di palestin namun, masih ada yang kurang iaitu masjidil Aqsa yang gagah.

 TAman Monumen



















     Lebih 20 replika yang kami lawati dan setiap replica ada sejarahnya yang tersendiri. Hampir sejam kami mengelilingi dan menghabiskan masa dialam Taman Monomen tersebut. Destinasi seterusnya adalah SMAKL untuk mencari tempat untuk menetap(homestay). Perjalanan kami terpaksa berhenti untuk mengisi perut-perut yang sedang kelaparan. Alhamdulillah makanan disini tidaklah mahal sangat( standart Bandar lah). Setelah semua selesai, perjalanan kami diteruskan sehinggalah tiba di sekolah tersebut. Besar juga sekolahnya, saya menyangka sekolah biasa sahaja. Tetapi lain pula rupanya…. Disini ana bertemu dengan sahabat2 ku antaranya Abdullah syafiq dan Muhammad Uzair selain itu wafiy ,Mus’ab dan Abu.. Kami dibawa keluar dari kawasan sekolah untuk ditunjukkan tempat penginapan kami. Wow!!! Subhanallah… besar juga Homestay yang kami menginap ini. Kami berehat di homestay sehingga jam 3.30.
  Tepat jam 3.30, kami berkumpul untuk menaiki bas semula ke pasar pAyang disiini dan ianya amat terkenal dengan penjualan batik,T-shirt Terengganu dan juga keropok lekor. Para pelajar dan juga para guru pengiring diberi  sedikit kesempatan untuk menghabiskan sedikit masa untuk membeli –belah disini. Bab membeli belah ini duit lah yang perlu disediakan dan masalah yang dihadapi juga keropok basah tidak dapat dibeli  pada hari ini kerana dikhuatiri rosak pada keesokkan harinya. Alhamdulillah,ada juga yang saya berkesempatan beli itu pun baju sahaja, maklumlah bidang terjun, baju pun tak sempat bawa lebih so… terpaksalah membelinya. Setelah selesai membeli, kami berkumpul di kawasan yang dijanjikan untuk menaiki bas. Keraap-kali berlakunya masalah ketetapan masa. Bagiku ia sepatutnya tidak terjadi melainkan ada sebab-munasabab yang tertentu.
  Sekitar jam6.30 petang kami bergerak ke SMAKL untuk mendaftarkan para pelajar dalam pertandingan masing2. Terlewatlagi!!!! Kami terlepas taklimat yang disampaikan da merupakan group yang paling lewat mendaftarkan diri, tetapi Alhamdulillah semuanyaberjalan lancar dan taklimat khas untuk pelajar Matri diadakan selepas solah maghrib. Malam itu merupakan malam penantian bagi setiap  peserta. Sebahagian ada yang gemuruh dan ada yang relaks sahaja seakan2 tiada apa yang berlaku.yang menariknya pada mala mini, kumpulan debat MATRI mendapat tajuk semasa Taklimat diberikan manakala semua peserta lain sudah mendapat tajuk perbahasan seminggu lebih awal. Jadi sebagai pembantu mereka saya memberi sedikit kekuatan yang dimana ianya datang daripada Allah. Persediaan dilakukan dalam keadaan yang tenang. Alhamdulillah perbahasan ini diakhiri dengan Berjaya meneruskan perjalanan ke peringkat seterusnya. Bagi acara lain seperti, hafazan,khat,syarahan B.Malaysia dan B.Inggeris  tidak dapat dirangkul oleh matri. Kami menantikan saat keesokkan harinya.. Kami bergerak pulang ke homestay sekitar jam 11.15 malam.. Semua peserta rombongan berehat untuk persediaan pertandinan keesokkan harinya…
Syarahan Hebat
Menunggu Giliran

   Semua pelajar bangun untuk menunaikan solat subuh dan bersiap untuk pergi ke SMAKL. Bagi peserta debat masih sibuk dalam mencari hujah2 yang bernas dan mencari isi2 yang sesuai dan kukuh untuk diperdebat. Bagi pelajar2 lain, mereka sedang bersiap pertandingan yang bakal dipertandingkan antaranya ;syarahan dalam Bahasa Arab yang diwakili oleh saudara Afiq Hadi, Perbahasan peringkat Akhir yang diwakil oleh Azrul Aminurahman,Mohd. Ariff Ismail dan Mohd. Azim Mahyiddin dan juga acara nasyid juga turut dipertandingkan yang diketuai oleh Saudar Syahmi Ibrahim. Acara nasyid diadakan serentak dengan pertandingan Syarahan Berbahasa Arab manakala perbahasan selepas pertandingan NAsyid Tamat. Acara pertandingan berjalan dengan lancar sekali,Alhamdulillah. Setelah selesai acara Nasyid dan syarahan. Kedua acara ini diumumkan, bagi acar Nasyid MATRI mendapat tempat ke-3 dan bagi acara syaraha Matri memperolehi tempat Pertama, Alhamdulillah.  Seterusnya berlansunglah acara yang dinanti-natikan oleh semua hadirin iaitu acara perbahasan diantara SMAKL(kerajaan) dan MATRI(pembangkang). Perdebataan berlansung dengan rancak sekali. Suasana menjadi meriah dan tepukan demi tepukan diberikan untuk memberikan semangat kepada setiap peserta yang sedang berdebat. Perdebatan akhirnya selesai dan keputusannya akan diumumkan selepas solah Jumaat.
  Apabila bermusafir, maklumlah diberikan rukhsah oleh Allah untuk memudahkan urusan dan juga  perjalanan para musafir untuk jama’ group kami jama”Qasar sahaja dan bersiap serta berkemas untuk bertolak meninggalkan Homestay disini. Tepat jam3 petang, semua peserta rombongan menaiki bas untuk pergi ke SMAKL  untuk majlis penyampaian hadiah. Hmm, menurut pendapatku, Majlis penyampaian hadiah tersebut bermula jam 3 atau 4. Tetapi hakikatnya bermula selepas asar, saat2 inilah yang dinantikan. Masa yang terluang telah menghabiskan sedikit wang ku disini dan seperti biasalah, sekiranya pergi Kuala Perlis cari Ikan Bakar, tetapi di Terengganu specialnya, Kopok Losong or Kopok basah. Fitrah manusia, semuanya teringin akan  sesuatu dan permintaan kopok lekor dari perlis pun bayak…. Terpaksalah membeli secara borong Disini, lebih kurang Rm150 ja…. Itu baru beli barang tidak termasuk belanja peribadi lagi…. Huhu,, banyak betul habiskan duit. Majlis Penyampaian sudah tiba, kami dihidangkan dengan persembahan nasyid, Jura dari SMAKL yang merupakan  tuan rumah pada tahun ini dan seterusnya, persembahan dari MAtri, Afiq Hadi dan seterusnya persembahan dikir barat daripada Tuan Rumah. Majlis Penyampain bermula, untuk hari ini, hanya tiga acara sahaja diumumkanPertandinagn Nasyid ,KHAT dan Hafazan sahaja. Bakinya akan diumumkan pada keesokkan harinya. Hmmm,,, Sapa pula yang nak ambil hadiah nie, ??? Alhamdulillah lah msih ada wakil perlis yang masih menetap di SMAKL.. so, suruh shabat tersebut ambillah. KEputusan NAsyid , matri mendapat n0.3, Khat HAnya saguhati yang diwakili oleh Yazlin MK1 dan Abdullah Husaini Tg.2, dan hafazan Putri, Johan yang diwkili oleh Nur ‘awatif, Tg. 5 manakala Hafazn Putra yang diwakili oleh Aiman Fuad  TG.5 L, merangkul tepat ke-2, Alhamdulillah.. Majlis ditutup dengn bacaan doa dan semua para pelajar digalakkan membeli sedikit makanan untuk mengalas perut sementara untuk berhenti berehat untuk makan malam. Sementara menunggu bas untuk bergerak semua pelajar dan para guru mengambil sedikit gamabr buat kenang-kenangan  setelah meninggalkan SMAKL. Bagiku, inilah kali pertama  saya menjejakkan kaki disini dan saya sudah melihat sendiri bagaimana infrasuktur, pelajar dan semua perkara yang hanya diceritakan oleh para sahabat. Langkah kami dimulakan dengan bacaan doa naik kenderaan dan terus bergerak untuk mencari kopok losong ntuk para pelajar membelinya. Setibanya di gerai kopok losong ori, inilah kali pertma saya melihat sendiri cara membuat kopok nieh… Rupa2nya dia menggunakan isiikan tamban, patutlah sedap… gambo terlupa nak ambik disini. Perjalanan diteruskan untuk mencari Masjid untuk solah jama” taqdim maghrib dan isya’. Setelah semua selesai kami meneruskan perjalanan semua. Semua keletihan , mengantuk sudah!!  Selamat Malam Untuk Malam ini. Semoga perjalanan dirahmat,diberkati dan dimudahkan urusan…
  Alhamdulillah, tepat Jam 6.30 pagi kami sudah berada di kawasan parking bas. Semuanya selamat, saya terpaksa pulang dengan secepat mungkin untuk mengejar masa. Maklumlah solah subuh masih belum dilaksanakan dan 8 pagi nak kena pergi bantu sahabat berniaga pula….

Itulah sedikit kisah kehidupan manusia. Kadang-kadang kesusahan itu ada hikmah disebaliknya. Sealain itu, kesabaran bagi setiap insan itu amat penting kerna Allah akan menjaanjikan sesuatu bagi hambanya, sama ada balasan di dunia ataupun di Akhirat kelak….
waAllahhu’alam.



PerTandingan Akhir



    

No comments: