Wednesday, 11 July 2012

~Target: Meraih Taqwa~

  Alhamdulillah Kita dapat lagi hidup dan menghidu lagi udara segar. Dan secara tidak sedar kita sudah menghampiri sebuah madrasah yang bakal mendidik kita menjadi seorang insan yang mulia serta bakal membentuk kita menjadi seorang insan yang syamil, kamil dan mutakamil. Dulu ketika berada di bulan rejab sering kita doakan sebegini:

Wallahu'alam..

اللهم في بركلنا في رجب و شعبان و بلغنا رمضانKita sering memohon kepada Allah dan alhamdulillah Allah telah memakbulkannya. dan Alhamdulillah ita berada di penhujun sya'ban dan kita masih berada di bulan Rasulullah memperbanyakkan puasanya,ibadahnya. Namun adakah kita semua melakukannya. Pada suatu hari, Rasulullah bertanya kepada Para sahabat "Tahukah kalian apa itu ertinya Sya'ban" Maka dijawab Para Sahabat " Allah dan Rasulnya lebih mengetahui". Lalu Rasulullah bersabda;
"Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali."Menurut Hadith lain, Usamah Bin Zaid RA berkata: Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW: Ya Rasulullah, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa pada bulan-bulan lain sebagaimana (kerapnya) engkau berpuasa di bulan Sya’ban. Baginda SAW menjawab: Bulan tersebut merupakan waktu manusia lalai iaitu antara Rejab dan Ramadhan. Ia merupakan bulan yang mana pada bulan tersebut amalan diangkat kepada Allah. Aku suka amalan aku diangkat ketika aku berpuasa. (Imam an Nasaie di dalam as-Sunan al-Kubra: 2642)
Lihatlah para Sahabat sesungguhnya Bulan sya'ban ini ramai yang leka dan lalai Manusia sering melakukan pelbagai perkara yang dilarang Allah berkemungkinan mereka menganggap bulan inilah kita perlu lakukan segalanya.  Mengumpat , mencuri, merompak,Makan sepuas-puasnya dan melakukan seglanya yang diharamkan oleh Allah lebih banyak..KEnapa???Kenapa ianya jadi sebegini???Puncanya adalah keimanan dan pemikiran dan Syaitan berkata "Lakukanlah segala yang buruk sebelum Ramadhan Ditemukan oleh mu kerana, setibanya Ramadhan maka sukarlah bagimu untuk melakukannya".. Acapkali ianya berlaku, namun segalanya adalah salah semata2. Sebenarnya Sebelum kita memasuki madrash Ramadhan ini, kita perlu melalui Ujian pada Bulan sya'ban iaitu ujian kelalaian. Setakat mana kelalaian kita dan persediaan kita untuk menempuh bulan yang cukup mulia ini. Sebelum kita mentelaah Ramadhan yang bakal tiba, marilah sama-sama kita Hayati ayat Firman Allah yang cukup Masyhur ini,maksudnya :
"WAHAI ORANG2 YANG BERIMAN!!!! KAMU DIWAJIBKAN BERPUASA SEBAGAIMAN DIWAJIBKAN KEATAS ORG2 YANG TERDAHULU DARIPADA KAMU , MOGA2 KAMU BERTAQWA" (aL-BAQARAH, 183)
Siapakah orang2 yang beriman??Mereka yang melafazkan syahadah dan mentaati Allah....Allah menyatakan "moga2 kia bertaqwa" ayat ini menampakkan bahawa amat susah untuk merih taqwa itu....Dan kenapa pula kita perlu meraih Taqwa???Hal ini kerana ramai yang  mempersoalkan perkara yang remeh-temeh. Seperti bab Batal puasa.. dan sebagainya....Kenapa  pentingnya TAQWA??Bukan dah Allah berfirman Dalam Al-quran yang bermaksud
" Sesungguhnya Allah ini  maha pengampun" 
Tidak cukupkah dengan keampunan itu dan Allah akan membuka pintu keampunan seluas2nya kepada semua Hambanya.... Tetapi cuba kita lihat apa yang Allah Berfirman Di dalam Al-Quran banyaknya berkaitan dengan Orang BERTAQWA, antaranya .; Syurga untuk Orang yang bertaqwa, Al-Quran Menjadi Petunjuk Kepada Orang yang bertqwa kesabaran untuk orang bertaqwa dan sebagainya....LIHAT!!! Berminat atau tidak untuk kita meraih Taqwa???OK!!!Sekiranya Berminat!!Mari kita lihat definisi Ringkas TAQWA "TAQWa ialah Takut kepada Allah"Mudah sahaja..... Ringkas sahaja.... Namun adakah mudah untuk melakukannya???Apabila seseorang itu bertaqwa kepada Allah maka setiap perkara yang dilakukannya pasi merasakan seakan2 Allah itu sering melihanya dan Allah sering bersama2nya dan melihat gerak-gerinya... Mari Kita lihat dalam Surah ATTALAQ ayat 2 dan sering dikenali sebagai ayat seribu dinar yang bermaksud
" Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah maka Allah akan memberikan jalan keluar kepada dirinya., Dan dilimpahkan rezki daripada jalan yang tidak disangka2" 
Lihatlah... Menarik Atau tidak Taqwa?? Kita Takut Kepada Allah dan Allah beri Jalan Mudah dan rezki... Tetapi sekiranya kita takut kepada Manusia... Adakah ia akan membantu kita dalam kesusahan??? Belum Tentu, Wahai rakan2 semua....Tetapi Allah bukanlah sebegitu, Lagi kita takut kepada Allah lagi Banyak Allah memberikan kemudahan kepada kita semua. Allah berfirman lagi didalam Al-Quran Maksudnya
" Orang yang Paling Mulia disisi Allah Adalah orang Bertaqwa"
Ingat semua, Mulia disisi Allah, Bukan disisi Perdana Menteri, Bukan Disisi Sultan. Tetapi Allah , Raja sekalian Alam.. Oleh itu marilah sama2 kita Muhasabah Diri Kita Untuk sentiasa bercita2 Meraih Taqwa. Hmmm.... Bagaimana Pula nak meraih Taqwa ini, Senangkah ia??? Mari Kita Tengok Satu Ringkasan bagaimana Untuk meraih Taqwa....
SIIT 
Apa pula itu siit???
S-- Sabar, dengan sabar barulah kita boleh meraih Taqwa!!
Apa Kaitan Dengan Ramadhan?? 
Bersabar dalam melawan hawa Nafsu. Sebelum Kita memasuki Madrasah Ramadhan kali ini, banyaklah kita melatih Nafsu2 kita untuk menjadi nafsu yang tidak kuat dalam menganggu kita semua untuk beribadah Ketika Ramadhan.. Sepatutya ianya dididik daripada dahulu lagi, tetapi disaat Akhir ini masih sempat untuk kita mendidiknya Agar ketika diramadhan ia tidak berjaya menewaskan Kita... 
 Apa Yang kita perlu Bersabar???
Bagi Suami Isteri, Bersabarlah untuk melakukan Hubungan HalalMU itu ketika sian hari...Yang Lain, bagi  yang masih belum Berkahwin, Ramadhanlah bulan terbaik untuk mendidik Nafsu SYahwat kita semua....Bersabar dalam memilih makanan.. Jangan sesekali mengikut Nafsumu, terutamanya keika ingin berbuka.Bersabarlah Dalam segala Perkara,Antaranya Sifat Marah dan sebagainya.
I--- IkhlasBagaimana dengan Ikhlas... Melakukan sesuatu hanya lah kerana Allah semata....Ini banyak berkaitan dalam melakukan amal soleh.... Sebelum menanti Ramadhan Antara Amalan soleh Yang Rasulullah mengajar kita adalah menahan Lapar iaitu Berpuasa... Berpuasa!! Adakah hanya menahan Lapar  dan dahaga sahaj... sudaah tentunya tidak sama sekali... Berpuasa dari segi semua aspek,antaranya berpuasa mata daripada melihat sesuatu yang mungkar, TTelinga daripada mendengar sesuatu yang Haram, Mulu daripada berkata sesuatu perkara yang tercela dan seluruh Anggota kita daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah. Selain itu, kita seharusnya memperbanyakkan Baca Al-Quran agar di Bulan yang cukup Mulia ini Al-Quran Dibaca dengan penuh penghayatan dan sempurna.. Selain itu berzikir,mengulang hafazan dan banyak lagi amalan yang untuk kita lakukan dibulan ini sebelum menjejakkan kaki dibulan Ramadhan untuk melaksanakan dan mendidik diri kita menjadi orang yang lebih soleh. Apa yng peniting disini Keikhlasan Yang wujud pasti Allah memudahkan dan disitulah bakal wujudnya ketaqwan dalam Diri Kita sebagai Hamba Allah.. Seterusnya....
I----- Iman... Sabda Rasulullah S.A.W  yang bermaksud
" Iman Itu Bukanlah Perhiasan dan angan2 semata2, tetapi ianya perlu dinyatakan dengan amalan"..
 Maka dengan melakukan sesuatu dengan Ikhlas kerana Allah maka Timbullah rasa keimanan dan Akhir sekali  wujudlah Ketaqwaan Dalam diri ManusiA iaitu T itu.....
 Mengikut Flow diatas, Amat mudah jika dikatakan menggunakan lisan dan amalannya masih belum dapat dilihat Pandangan yang hakiki. Oleh Itu, marilah kita bersama2 melatih diri Kita untuk Meraih Taqwa Didalam Ramadhan Yang Bakal Tiba kelak... Mari Sama2 kita berdoa agar kita dipertemukan Dengan Ramadhan yang Mulia Ini :

اللهم بركلنا في شعبان و بلغنا رمضان

wallahu'alam


No comments: