Thursday, 27 September 2012

~Bumi Para Anbiya'~

   Hari ini sudah mencecah hampir 2 minggu berada di Bumi mesir....
    Banyak juga perkara yang dipelajari. Dan hari merupakan hari Jaulan Bagi Minggu Tautan Ukhwah yang dianjurkan oleh Keluarga Pelajar-Pelajar Perlis. KPP..... Perjalanan kami dimulakan dengan Melihat dan mengenali Sejarah dan melihat sendiri Masjid Al-Azhar.Alhamdulillah, tak sia-sialah semua yang dipelajari dalam buku teks STAM dan sudah lama mengidamkan untuk menjejakkan kaki di Bumi Para 'Anbiya'.... terutamanya MasjidilAzhar ini... Kini sudah berada dan mengenali Makanulilmu/'Ardhulilm... (Bumi Ilmu)...

    Perjalanan utama pastinya menziarah tempat yang dipenuhi dengan para ulama' dan juga majlis ilmu yang tidak putus-putus. Boleh dikatakan setiap waktu ada saja kelas pengajian yang boleh kita masuk. Ikut kelas bukan sahaja ilmu malah Adab serta akhlak para Syuyukh boleh kita teladani...  Sejarah Yang menarik, yang dimana kehebata Anak Muda Yang terkenal Solehuddin Al-Ayubi telah berjaya mengambil alih Al-azhar yang pada asalnya Bermazhab syiah dan secara diam-diam akhirnya Mazhab sunni terus diangkat dan dijulang lalu, tertawanlah Al-azhar sekitar Tahu 365 M. Hmmm.... Menarik juga dengan Akhlak masyarakat yang benar-benar berakhlak. Menurut Senior di Sini bumi Mesir ini dipenuhi dengan Wali Allah yang lansung kita tidak boleh mengtahui dan mengecam mereka.. Mereka juga ada dikalangan Pengemis,tukang sapu sampah penjaga rumah dan sebagainya. Pernah diceritakan oleh salah seorang Ulama' kepada seorang senior Al-Azhar "Inginkah Engkau melihat Wali Allah di Bumi Mesir Ini". Dengan lantas si senior ini mengiakan persoalan Ulama' tersebut. Lalu, Beliau berkata " Ikutlah aku berjalan ke Masjid Al-Azhar, dan di sepanjang perjalanan kita akan ku ucapkan salam, siapa yang menjawab daripadaku merekalah wali Allah yang aku perkatakan.. "..
     Lalu, Pelajar senior tersebut terus mengikut langkah Ulama' tersebut. Setibanya di Masjid Al-Azhar. Menurut bilangannya semua jumlah salam yang diberi dan dijawab sebanyak 100 kali, dan bermakna 100 orang wali Allah yang telah kai berselisih.. Itu baru yang selisih belum yang lain lagi... Itulah sedikitkisah mereka....

     Seterusnya, Makin lama, makin memahami sifat Arabi dan juga melihat alangkah ramainya pengemis dan juga pelajar Malaysia Di sini.... Kehidupan disini tiadalah seperti yang diceritakan dan diwar2kan cuma ada sedikit perbezaan tabiat dan juga masa disini.... Tabiat itu adalah mengubah tabiat Malaysia yang digelar "Ahsannas" menjadi tabiat arab.. Ramai juga yang kulihat berlaku disini.. Dan ada juga kekalkan tabiat lama,yakni tabiat buruk di Malaysia... Hmmm ...Ada yang masih rambut terpacak2, ada yang masih berskirt pendek,berseluar ketat,berbaju sendat dan sebagainya. Almaklumlah dikatakan mereka ,berasal daripada sekolah bukan sekolah agama. Tetapi persoalannya, adakah tiada langsung rasa dan keinginan dan percubaab untuk melakukan perubahan untuk kearah kebaikan. Tambahan pulan di 'Ardhun Kinanah ini... Pendek kata, Pegang dada tanyalah iman sendiri.....   Dari segi masa pula, selepas subuh masih lambat lagi kelas dan juga aktiviti yang boleh dilakukan, maka selimut,tilam,Katil lah yang memjadi mangsa kepada pelajar disini. Asalnya nak sambung 30 minit. Akhinya menjadi 3 jam... Hmm.....

  Tambahan pula, musim sejuk yang bakal tiba awal Oktober yang kian menjelma.. Bagaimana agaknya,?? Adakah boleh pertingkatkan kekuatan?? Hanya Allah sahaja yang tahu... Kita hanya berusaha  dan juga bertawakal kepada Allah S.W.T...

MAcam dah melalut ja....
hmmm... Kembali ke Bumi Mesir..
Mesir nie sememangnya digelar "أم الدنيا" dan amat benarlah kata-kata itu. Tetapi sekiranya mereka melihat dengan mata kasar sahaja, Pasti sesekali tidak dapat melihat segala kebaikan dan keistimewaan di Bumi mesir Ini. Hakikatnya, Akhak yang ada dalam jiwa masyarakat, akhlak para wali Allah dan Juga Para Masyayikh yang ada di disini....

1001 Keajaiban.. 1001 Rahsia...
Melihatlah Ia dengan mata hatimu.
Pasti akan terpukau dengan segala sesuatu yang ada disini...
Hati semakin berat untuk berpindah....
Dan Dua destinasi yang memberi kan segala sesuatu Kemewahan...
MAka destinasi ketiga menjadi Pilihan..
Kerna Ianya memiliki Kemewahan yang tak terkira..


Wallahhu'alam......

No comments: