![]() |
Apa kaitan dengan Beruk........ |
Ha!! Cita Apa pasai Kera nie???
Jom Kita Baca skit....
...............................
Ali!!
Enta dah hafaz brapa juz dh...
"Alhamdulillah dah 20 dh masuk bulan nie" balas Ali..
Huhu banyak juga yang enta hafaz...!!
"Boleh lar.... ".
Namun Setelah aku melihat keperibadiannya... Lansung tidak menunjukkan ciri2 orang yang wujudnya Al-quran dalam diri nya..
SubhanAllah.. Na'uzubillah.. Dan macam2 lagi yang bisa ku luahkan dari lubuk hati.. Ingin menegur masih berasa kerdilan... Maklumlah ilmu masih cetek, Quran pun surah2 pendek ja.. Hmmm.. Sememangnya wujud perasaan rendah diri.... Namun bila aku kuatkan diri dan bertindak berani untuk menegur aku jua dimarahinya...
Lihat situasi di atas....
Anda sudah mengetahuinya. Tetapi kenapa ramai di dunia ini walaupun sudah menghafaz Al-quran. Lansung tidak wujud sifat keperibadian Al-Quran sedangkan Al-Quran itu merupakan Akhlak Rasulullah S.A.W.. 1001 suruhan.hukum .panduan dan bermacamlagi untuk kita hidup dan mencapai syurga Allah.. Mencapai mardhotilah dan mencapai segala sesuatu di dunia dan kejayaan akhirat....
Ini kira ok lah.. Dia juga menghafaz Al-Quran.. Namun cuba kita lihat mana-mana individu atau diri kita sendiri... Adakah kita cuba menghafaz atau sekurang-kurangnya kita membaca dan meneliti maksudnya agar kita nampak petunjuk-petunjuk yang disediakan oleh Sang Pencipta Kita Rabbul Jalil dalam KalamNYA yang disediakan khas untuk kita sebagai Persediaan Di sana Kelak......
Ibarat Askar/Pengembara masuk ke Hutan, Pasti mereka disertkan peta atau sebarang petunjuk bagi memudahkan mereka selamatkan diri daripada sesat di sepanjang perjalanan mereka dialam hutan... sekiranya mereka disediakan tetapi mereka tidak menggunakannya ibarat Air Dicurah ke daun keladi......
Kita Kembali kepada Al-Quran tadi... sememangnya kita pernah dengar Al-Quran itu Kalam Allah dan Juga kita pernah mendengar bahawa Al-Quran Adalah merupakan Akhlak Rasulullah S.A.W... Tetapi Kenapa kita hendak menjadikan diri kita sebagai orang yang jahil atau lebih tepat lagi menjadi manusia yang bodoh... Sememangnya Allah Telah menyebutkan di Dalam Al-Quran "Akan Aku menjadikan manusia dan Jin hanya Untuk berubudiah kepadaKu".... Yakni bermaksud kita seharusnya menjadi Hamba.... kepada Allah .... Macam mana nak jadi Hamba???
Perlu cuci Bumi ka?? Kena Cuci Longkang ka?? Atau sebagainya...
Tidak!! sama sekali... Kita Perlu menjadi Hamba Yang sentiasa Beribadah kepada Allah...
sesungguhnya Allah itu MAha Pengasih dan Penyayang.....
Kenapa sedemikian????
Lihaat....
Walupun Kita sebagai Hamba Allah sediakan Al-Quran Sebagai Petunjuk.. Allah sediakan Rasul Sebagai Penyampai.... Allah berikan 1001 Nikmat Sehinggakan tidak mampu kita menghitungnya...
Hamba yang sungguh Istimewa...... Kalau nak dibandingkan menjadi Hamba Manusia.. Hamba harta.... Hamba Dunia..... Semua tu Hanya sementara dan tiada kelebihan sedikit Pun........ Menjadi Hamba Allah... Adalah yang terbaik... Sehinggakan dalam Al-Quran Pun ada ajar kita cara membina banggunan... cara nak bancuh simen,, cara nak tebar roti canai dan macam lagi.....
Eh!!!!!
Pelik!!!
Takkan ada semua ni??? Boleh Percaya Ke????
Kenape???
Tak Percaye Ke???
Cuba Kita Buka Al-Quran Muka surat 322,Surah Al-Anbiya'(6).....
Dah Tengok???
Hmmm bagaimana??
YAkinlah bahawa Allah dah menyediakan segalanya untuk kita, namun Kita sahaja yang memilih jalannya..
Nak cita tentang Syurga dan Neraka.. Allah dah berikan gambaran kepada kita seperti Keindahan, Buah-buahan, sungai di dalam syurga.. Alangkah Nikmatnya.....
Begitu juga dengan neraka...
Allah ceritakan tentang azab-azab didalamnya ,SubhanAllah,MasyAllah,Na'uzubillah... Alangkah pedihnya kalau kita benar-benar bayangkannya dan menganggapkan Ayat-ayat yang Allah sampaikan kepada kita adalah sesuatu perkara atau kemudahan bagi kita ke Syurga Allah... Ibarat Di dunia nie..... Kemudahan yang disediakan kepada Rakyat Malaysia seperti Monorel,LRT,KeretaApi dan Sebagainya. Bagi memudahkan Urusan kita seperti jimat wang, jimat masa dan pantas. Namun mereka yang tidak menggunakannya menjadi sesuatu yang menyusahkan.... Contoh saya katakan.. Ini sistem Manusia, pasti tidak sempurna...
Ha!!!
dah Tahu kenapa masih berdegil lagi... Al-Quran telah disediakan sejak 1400++ tahun lagi... Dan Allah beri Pula Pelengkapnya atau penambah jawapan melalui Rasulluna... Nabi Muhammad S.A.W......
TApi Persoalannya...
Kenapa Masih membuta Mata dan mentulikan Telinga Daripada seruan dan perkara Ini???
Jawapannya...
Syaiton sudah berjaya Menawan diri kita... Tidak sia-sialah Janji dan permohonan syaitan kepada Allah untuk Hidup lebih lama...... Syaitan sudah Mula Bersorak dan membuat parti Di Neraka Bagi meraikannya...
..............................
Dah lama berbicara dan bermadah dalam Pena/KeyBoard...
Hmm.....
Agak-agak macaam mana pendapat kalian??
Adakah kita dijadikan sebagai hamba semuanya perlu kitaa cari sendiri???
Adakah Allah tidak menyediakannya???
sekiranya tidak anda seorang Pendusta......
Allah berfirman dalam kebanyakkan surah Ar-Rahman....
"Nikmat apa lagikah yang engkau ingin dustakan???"
Nah!!1
Ini Allah S.W.T yang menyatakn sendiri dalam Al-Quraan.....
Al-Quran juga merupakan nikmat bagi kita...
Iaitu Nikmat Persediaan.......
Wallahu'alam...
(sebarang yang buruk itu daripada diri Penulis sendiri dan yang baik itu Ilmu dan Ilham dari Allah S.W.T... Mohon maaf sekiranya tersalah tulis atau sebagainya... Sebarng Komen boleh tinggalkan dibawah... Atau PM di Facebook)
No comments:
Post a Comment