Wednesday, 24 July 2013

~Usah Cemarkannya Dengan Perkara Jijik~


 Bismillah

Assalamu'alaikum

Baru-baru ni,
PRK di Besut Terengganu dan Pengakhirannya Berpihak kepada Kerajaan.
Oleh itu selesailah.

Benar atau tak kemenangan semua tu urusan Allah Ta'ala.


Setelah menang saja,
Kecoh dengan kenyataan Hamba Allah yang Bernama "D***********"
Yang menyatakan Ingin Menanggalkan Apa yang tak patut di khalayak Ramai.
Sekiranya Kerajaan Barisan Nasional Menang

Dan perkara tersebut Kecoh sehingga Hari ini.

Apa yang dingin dipersoalkan?

Bulan In adalah bulan Rahmat, Bulan Penuh dengan Ibadah dan mendekatkan diri dengan Allah. Namun kenapa Masih ada manusia sebegini. Namun itu tidak menjadi masalah besar sekiranya Perihal ini tidak dihuru-harakan.Malah akan terdiam dan tiada sesiapa pun mengetahuinya.

  Yang menjelekkan orang-orang yang berkongsi Maklumat tersebut serta menyampaikan maklumat trsebut seluruh dunia. Dan semua orang yang memahami bahasa melayu akan memahami Tulisan Itu. Dan ada dikalangan mereka adalah orang yang menuntut agama di Universiti Luar negara. Sungguh menjijikan kenyataan yang dibuat, namun lebih jijik orang yang menuntut perkara itu dilakukan dalam bulan yang dipenuhi dengan Rahmat dan keberkatan ini.

  Artikel atau penulisan ini bukanlah nak menyokong kenyataan yang dikeluarkan. Tapi hati terpanggil setelah melihat sharing-sharing berkaitan kenyataan ini.  Sungguh memalukan.

  Bagi saya, sebelum kita berkongsi maklumat tersebut. Cuba kita periksa FaceBook pemilik yang mengeluarkan kenyataan tersebut bagaimana. Kalau anda melihat teruk maka biarkan saja. Dan alangkah lebih baik anda sampaikan melalui Mesej Peribad terhadap dirinya. Itu lebih baik daripada berkongsi kenyataan yang menjijikan itu.

  Akhir kata, jangan cemari Ramadhan dengan perkara yang terkutuk. Kemudian, jangan jadikan taksubnya diri kita terhadap sesuatu menyebabkan status diri kita Musnah. Penulis memohon maaf sekranya ada terkasar bahasa dan terlanjur Bicara.

No comments: