Serius rasa nak tergelak pun ada, nak marah pun ada, tapi apa pun tak mampu aku lakukan, "Macam Drama pun ada kalau sepertimana yang diceritakan kat aku sejak hari tu lagi"
Inilah antara kalam aku sebelum berakhirnya perbualan aku dengan sahabat aku nun jauh di sana. Ingat lagi tak, cerita #jatuhsakitkernacintalama.Kisah ini aku nukilkan semula daripada apa yang diceritakan oleh sahabatku yang baru saja bernikah 2 minggu selepas perkahwinanku.
Ianya bermula awal Disember yang lalu, kawanku menerima Private mesej daripada seorang wanita yang tidak dikenalinya. Menurut wanita tersebut, dia adalah adik perempuan kepada seorang lelaki yang pernah berkenan dengan isterinya suatu ketika dahulu sampai lah sekarang. Menurut adiknya, abangnya sudah lama berkenan sejak dari tempat pengajian mereka lagi. Isteri sahabatku ini, bukan jenis ambil tahu sangat tentang lelaki, hanya tahu fokus pada pembelajaran sahaja. Kalau lelaki nak ngorat pun anggap seperti tiada apa pun. Ibarat lalat hinggap di pipi sahaja.
Seorang lelaki,berpengajian sampai ke tanah arab sekalipun bagiku belum tentu dapat menilai pegangan akidah dan akhlak mereka. Hatta aku sebagai islamic theology student sekalipun belum tentu lagi keimananku.
Kembali cerita mereka,
Abang kepada budak tersebut jatuh sakit, dan kini katanya sedih dan merana katanya. Ianya berlau selepas mengetahui sahabatku telah bernikah dengan isterinya sekarang. Menurut sahabatku, waktu dia meminang isterinya. Tiada sesiapa pun yang telah mengkhitbah isterinya. Bahkan kedua ibubapanya pun berkata sedemikian. Pada masa yang sama, aku berkata padanya, "Akhi, hang punya jalan nak nikah sama macam aku, so semua aku tau. Tak payah ulang dah, tapi tak pe aku ni pendengar setia. It's bcoz of you my best friend".
Sambungnya lagi,
"Budak laki tu memang nak masuk minang zaujah aku tapi, aku dah minang awal lagi. Tak sangka aku jadi macam ni. Kalau tak memang aku tak nikah lagi lah jawabnya." kata sahabat aku.

Hurh....
Aku yang mengeluh, sahabatku ni kuat orangnya. Just mampu tegur dari jauh dan berdoa kepada Allah untuk keselamatan isterinya segalanya dibawah lindungan Allah.
Setelah beberapa hari, datang pula satu inbox permintaan untuk sahabatku melepaskan isterinya kepada abangnya.Pada saat itu, baru sahaja detik bahagia suami isteri menerima kehadiran anak dalam kandungan.Datang pula ujian yang menimpa mereka, emosi seorang wanita saat mengandung memang luar biasa(ilmu awal sebelum dikurniakan isteri mengandung). Agak terkejut suaminya atas permintaan adik perempuannya. Pada masa yang sama semuanya telah disampaikan kepada isterinya, lupa aku nak nasihatkan agar jangan sampaikan lagi kepada isterinya. Tapi sebenarnya isterinya jua turut dapat mesej yang sama daripada adik perempuan tersebut.
"Gila ka apa ni, akhi? Kalau aku pun, jangan harap nak lepaskan apa yang telah dikurniakan Allah yang terbaik buat kita. Aku nak hang pesan kat adik dia suh sampaikan dekat abang di seperti kata-kata dibawah ni. Ingat Allah selalu, jangan ngaji ja jauh-jauh tapi amalan tak seperti ilmu yang ada."
Yang bestnya, kalau ikut cerita sahabat aku ni, adik perempuan ni "SS" 'Syok Sendiri" rupanya, selama ni dia ingat. Isterinya pernah suka akan abangnya, Sebab time mengaji satu tempat dulu adik dia pernah bagitau kata abang dia ni suka kat isteri dia ni. Ada juga pernah mengirimkan coklat buat isterinya zaman mengaji dulu. Namun tetapi semuanya sia-sia sahaja. Sebab tak pernah hadir dalam hatinya cinta manusia selain Allah, Ibubapa dan Rasulnya. Coklat pun tak diambulnya, memang prinsip diajar keluarga kata sahabatku.
"Untung hang no, dapat isteri macam tu. Semoga isteri aku pun macam isteri hang no..." sakat aku untuk menghilangkan sedikit tekanan.
"Isteri hang tu cukup perfectlah bagi aku, Tapi apa kurangnya isteri aku ni, sama lah kita. Cuma isteri aku tinggi sikit daripada isteri hang. Hang tu ja tingggi dan sado, tapi ini dikatakan jodoh Allah ta'ala" Balas kawan aku.
Ketawa kecil kami,
Dua minggu kemudian setelah lama kami tidak berhubung...
Panggilan daripada no. yang dirahsiakan (Private Number) memang takkan naik nombor, ,macam aku duk call msia lah. Selalu ja naik Private number, isteri aku pun pernah dapat Private number tapi semua tu dari panggilan ku. Tapi Isteri sahabatku ni, selalu juga dapat panggilan sedemikian rupa sebab setiap hari sahabat aku call isteri dia.
So, sekali tu dapat satu panggilan daripada seseorang, suaranya lansung tidak seperti suara suami dia. Dan soalannya amatlah luar biasa. Kerna soalan itu semuanya sudah diketahui isterinya. Lalu dimaklumlah kepada sahabatku ini. Marah benar sahabat ku ni, sampai nak ambil keputusan untuk balik ke malaysia. Namun waktu tak mengizinkan, berkemungkinan selepas exam terus pulang dan bawa isterinya bersama. 3 Bulan lagi katanya, bulan mac baru aku habis exam katanya lagi.
Bersambung.......
No comments:
Post a Comment