Bismillah hirrahmanirrahim...
Selawat dan salam kepada Kekasih kita NAbi Muhammad S.A.W atas dakwah dan risalah baginda menyebab kita mencapai Nikmat-nikmat yang luar biasa.
Alhamdulillah,
Entri hari ini bukan entri yang sesuatu yang boleh mempositif atau menegatifkan keadaan atau sesuatu yang berlaku. Tapi ini adalah hakikat yang berlaku dalam kehidupan manusia termasuklah saya sebagai manusia.
Allah s.w.t memberikan kehidupan dan DIA juga memberikan pilihan kepada kita untuk memilih sama ada itu baik untuk kita atau tidak. Tidak semua perkara boleh dikatakan Takdir semata-mata sedangkan adanya Qada' dan Qadar. Ada yang memang Allah tentukan dan ianya tidak boleh diubah seperti ajal maut dan gila atau apa saja yang memang Allah mengkehendaki ia berlaku maka secara segera ianya akan berlaku tanpa bicara lagi. Kalau dikatakan bab jodoh, study,sakit dan apa saja yang diberi pilihan oleh Allah untuk kita diatas dunia ini maka pilihlah seperti mana kehendak kita. Dan apa yang kita pilih itu adalah kehidupan kita. So, janganlah salah dalam memilih, tambahan pula sesuatu yang sukar nak turned up balik.
Ha!!!
Entri ni bukan nak cerita tentang pilih jodoh, Bukan juga tentang penyakit dan sebagainya. Tetapi menceritakan tentang Life of Student.
Selawat dan salam kepada Kekasih kita NAbi Muhammad S.A.W atas dakwah dan risalah baginda menyebab kita mencapai Nikmat-nikmat yang luar biasa.
Alhamdulillah,
Entri hari ini bukan entri yang sesuatu yang boleh mempositif atau menegatifkan keadaan atau sesuatu yang berlaku. Tapi ini adalah hakikat yang berlaku dalam kehidupan manusia termasuklah saya sebagai manusia.

Ha!!!
Entri ni bukan nak cerita tentang pilih jodoh, Bukan juga tentang penyakit dan sebagainya. Tetapi menceritakan tentang Life of Student.
HAKIKAT SEORANG REMAJA
Pengakhiran dunia persekolahan yang dipenuhi dengan aturan dan displin bakal menetukan siapa kita di dunia Universiti. Dan dari saat itulah sebagai remaja ingin membuat pilihan tentang hala tuju mereka disamping disokong oleh keluarga mereka. Ada juga yang dipaksa memilih sesuatu yang bukan minat mereka sejak dari banku sekolah lagi. Ada juga yang dilihat seperti atas kemampuan dan wujudnya minat dalamnya. Pada hakikatnya lansung tiada sedikit pun terdetik dalam diri mereka.
Dunia persekolahan cukup memberikan sedikit tekanan dan beban dalam jiwa mereka. Semuanya adalah demi kebaikan mereka, walaupun terpaksa, tapi semuanya adalah didalam sistem yang sama,pengajian yang sama. Maka masih boleh mengawal diri mereka untuk teruskan. Disaat pengajian persekolahan tamat. Maka mereka teringin untuk membuat pilihan yang dimana bakal disokong oleh keluarga.
Apabila tiba saat ini, ibubapa harus mempertimbangkan dan kalau boleh sentiasa berbincang dengan anak. Adakah pilihan mereka ini betul-betul mampu untuk dilanjutkan. Adakah ianya sebahagian daripada minat atau hanya semangat yang sia-sia sahaja. Lihat juga pada kemahiran yang ada pada anak-anak, seandainya pilihan anak-anak berdasarkan kemahiran mereka. Pastikan letak syarat yang membuatkan anak-anak tidak jauh daripada Allah s.w.t. Ini adalah salah satu jalan untuk membentuk mereka menjadi manusia yang membuat pilihan berdasarkan pilihan Allah ta'ala untuk anak-anak mereka.
Disini saya bukan ingin mempersalahkan kedua ibubapa tetapi hakikat hak seorang anak itu perlu ada, dan seandainya ianya tidak dipertimbangkan maka akan berlakulah beberapa masalah terhadap mereka saat ingin menghadapi dan merentasi segala apa yang perlu ditempuhi tanpa kemampuan diri yang benar-benar mampu dan minat itu tidak terlalu tinggi.
Ya!!!
Memang benar seorang anak perlu tahu setiap apa yang dipilih oleh keluarga adalah yang terbaik dan setiap pilihan itu ada hikmah disebaliknya. Namun kadang-kala disebalik hikmah itu masih wujud kelemahan yang masih belum mampu untuk dikukuhkan dan dikuatkan. Walaupun kadang-kala pelbagai paksaan dan pujukan keluarga buat si anak. Tambahan pula, si anak seorang yang memang berpengajian agama. Kerna dia merasakan kisah dalam surah Luqman cukup menyunik jiwanya sebagai anak. Pembaca Boleh rujuk surah Luqman sendiri.
sebenarnya.....
Ini adalah sebahagian daripada kisah hidup saya sebagai seorang penuntu yang masih celaru dalam memilih hatta sampai saat saya sudah bernikah.
Bukan nak bongkarkan cuma just to tell kepada pembaca yang mengenali diri. At least tak meletakkan harapan yang tinggi dan tidak pula menyamakan diri ini dengan orang lain. Dan setiap insan yang Allah ciptakan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.
No comments:
Post a Comment