Disaat orang bertanya, "Mak ayah anta macam mana shafiq? Mudah ke nak terima anta kahwin waktu belajar ni?"
Hahahaha,
Nak ketawa besar hilang siqah plak satgi, hurm.....
Ketawa kecil buatku saat setiap kali orang bertanya tentang hal ini. Mana taknya, bukan senang nak tawan hati parent ni terutamanya ketua keluarga. Dia seorang ayah, sangat susah nak memberikan keputusan yang kadang boleh merunsingkan keutusan si ibu.
Nak ketawa besar hilang siqah plak satgi, hurm.....
Ketawa kecil buatku saat setiap kali orang bertanya tentang hal ini. Mana taknya, bukan senang nak tawan hati parent ni terutamanya ketua keluarga. Dia seorang ayah, sangat susah nak memberikan keputusan yang kadang boleh merunsingkan keutusan si ibu.
Anak lelaki dan Ibu, memang sangat menyukarkan pada sesetengah Orang untuk dilepaskan oleh seorang ibu. Anak lelaki lah seringkali dijadikan harapan dan kebiasaannya kerisauan ibu akan bertambah. Ditambah pula dengan si Ayah yang kejap ok kejap tak Ok. Lagi bertambah risau si Ibu.
Agak lama jugalah saya nak dapat kebenaran daripada mereka. Sebenarnya kalau ikutkan Islam, anak lelaki kahwin mana perlu Kebenaran kedua ibubapa. Tapi islam melandaskan bahawa redha kedua ibubapa itu sangat penting untuk berjaya dalam kehidupan akan datang.
Sabda Rasulullah s.a.w " Redha Allah itu terletak pada Redhanya kedua Ibubapa."
Itu adalah matlamat Utama bagi seorang anak lelaki terutamanya. Berbeza dengan anak perempuan, kerna mereka perlukan wali daripada seorang ayah atau Datuk atau yang berkaitan mengikut susunannya dan keadaan.
Kebiasaannya sangat sukar nak pujuk kedua ibubapa kita dalam bab Kahwin ni. Tambahan pula masih kuliah pula tuh... Memang sukar tapi yakin pada Allah dan teruskan berdoa. Yakinlah kerana hati manusia itu Allah yang memilikinya.
So, yang diluar sana. Ibuayah itu bukan penghalang, tapi Allah nak kita usaha yang bersungguh-sungguh dalam apa jua amal sekali pun untuk mencapai sesuatu hasil.
Ada juga Orang bertanya, Tak rasa muda ke kahwin sekarang ni?
nanti saya Jawab dalam entri lain ye.....
No comments:
Post a Comment