Alhamdulillah, baru saja merasai Kehidupan Rumah tangga ini.
Ramai yang bertanya, bagaimana saya bernikah?
Hurm Jawapannya,
"cukup syarat, cukup rukun Nikah ja lah"
Hehehe,sebenar aku tak ingin pun bernikah lagi. Impian yang sebenar untuk berkahwin adalah umur 25 tahun disaat aku hampir menyelesaikan Ijazahku di Mesir ini. Tapi ini dikatakan rezki yang Allah aturkan untukku.
Sekitar pertengahan bulan 11,2014, aku dipersoalkan tentang jodoh. Namun saat itu hati sudah tidak ingin membicarakan tentang jodoh. Berbulan-bulan aku tidak mengambil serius dalam perihal tersebut. Aku cuma masukkan ia ke dalam telinga kanan keluar telinga Kiri. Alasannya sudah malas melayan wanita, semuanya sama. Yang tahu menolak, pelbagai alasan diberikan sehingga naik tension aku dibuatkan.
Hari demi hari, Allah mendatangkan rasa keinginan untuk mengetahui tentang peribadi seorang wanita yang meminta diriku untuk dikenalinya. Sekitar awal bulan 2
aku cuba mengambil serius dan cuma mengenali Wanita tersebut. Sedikit demi sedikit,tidak lansung kepadanya tapi semuanya melalui wakil dan orang yag berada di sekitanya.
Stalker Fb orang sekeliling, Fb nya pula tiada di saat itu. Aku mencari siapa kenalan dekatnya. Satu persatu dicari sehingga keinganan untuk mengetahui lebih dekat dan lebih dekat.
Hampir 2 bulan aku menilai dan mencari,lalu Allah titipkan rasa cinta dalam Hatiku buat dirinya. Walaupun wajahnya tidak jelas dalam gambar,walaupun suaranya tidak pernah kudengarkan tapi keyakinan luar biasa yang Allah tanamkan dalam hati ini. Sehinggakan membuatkan aku jatuh cinta kepada dirinya. Misi mengenali dan bertunang secara tidak rasmi pun selesai sekitar bulan 4 2015. Dan berterusan proses sampailah Nikah.
Persoalan yang sering timbul lagi, " Bagaimana penerimaan Ibubapa"?
Satu part yang cukup sukar bagiku saat itu tapi dengan kuasa Allah S.w.t. Semuanya menjadi mudah. Itu yang dikatakan "Tiada yang lebih berkuasa melainkan Allah S.W.T".
Bersambung...
No comments:
Post a Comment